Thursday, July 16, 2015

Hati ini, Allah lebih mengetahui..

2:37 AM 0 Comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. syukur dengan segala nikmat Allah.. Hmm.. terasa lama Nadia tak bercinta, berdating dengan diary Nadia nan satu ni.. Seminggu terakhir dalam Ramadhan.. minggu yang memang betul-betul mencabar.. penat, letih, suka duka semua berpadu menjadi satu.. finally badan pun terasa lemau..

Sebaik-sebaik perancang adalah Allah.. mencintai tak bermaksud harus memiliki.. menyayangi tidak semestinya mencintai.. lumrah perasaan hati.. dan yang penting.. Allah saja yang mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dalam hati ni.. Mengenali Mr.K adalah satu kebetulan.. mungkin dia bukan jodoh Nadia.. bukan adam Nadia.. Nadia redha.. dan menyayangi si dia adalah satu perasaan yang universal.. Nadia tak menyesal dengan apa yang terjadi.. ia adalah satu pengalaman hidup untuk Nadia makin kuat melangkah.

Allah lebih megetahui segalanya.. semoga kali ni... kebahagiaan milik Nadia.. terima kasih kerana masih ada yang sudi menyayangi diri ni.. buat famili Nadia, Famili angkat Nadia.. kak Liza dan "awak", Nadia sayang kalian semua.. Kalian adalah hidup Nadia.. thanks jugak sebab tak pernah biarkan Nadia hanyut dengan kehidupan ini dan sentiasa beri Nadia semangat.. senyum dan terus melangkah.. 

love from somebody girlz.. 
Nadia.. 

Saturday, July 04, 2015

Flawless Raya Nanti....!!

12:09 PM 6 Comments
Assalamualaikum..

Salam sayang semua.. Hehehe... dah 17Ramadhan.. Alhamdulillah.. masih berkesempatan berpuasa sehingga hari ni.. syukur jugak ada rezeki dan peluang merasai nikmat hidup di muka bumi Allah ni..

Korang.. dah shopim raya belum..?? mesti dua minggu terakhir ni korang semua tengah sibuk shopim kan.. kalau pergi mall atau bazar-bazar dan gedung pakaian mesti full,crowded dengan orangkan..?

Hehehe.. Nadia sendiri pun belum shopim habis lagi. Siapkan muka dulu dari baju-baju raya.. hehehe.. gara-gara nak nampak flawless macam artis korea.. Nadia tengah cuba Gentle Action Makeup Remover Shaklee ni. Best tau.. muka jadi halus, gebuss macam tu. Agak besar jugak la.. berbaloi RM82++ macam tu je.. memang konfirm tahan lama punya. Rasa-rasa 5-6bulan punya penggunaan ni.
Kalau korang nak mencuba jugak.. korang boleh survey kat blog bangundaritidoq.blogspot.com yang pasti harga memang mampu milik je Nadia boleh kasi. Nanti Nadia story k..

Love from somebody girlz..
Nadia (^_*)

Friday, July 03, 2015

Move On_15 Ramadhan (^_*) Salam Nuzul Al-Quran

11:11 PM 0 Comments
Assalamualaikum.. Salam syang semua... rindu la nak menaip.. semalam Nadia tak sempat nak lansung nak bercinta sekejap dengan "husband" alam maya ni. hehehe.. saja merapu memalam buta ni.. hehehe.. bak kata orang pantai timur, KOYA.. Nadia pun tak faham sebenarnya maksud koya tu.. cuma yang Nadia faham.. koya ni macam berangan, diawang-awangan.

Takde menda sangat nak story.. cuma Nadia nak share.. yang semalam Nadia dah berpindah ofis. Penat sangat terasa.. dalam bulan-bulan Ramadhan ni.. terpaksa berangkut barang-barang bagai. Tak best mana pun kalau dipaksa berpindah dalam bulan puasa macam ni. Penat, letih semua bercantum menjadi satu.. kalau dah pindah opis depan ni.. payah la nak memain sikit. Komitmen nak buat keje betul-betul lebih kuat dari media sosial. Yelah, dekat dengan big boss.. hehe.. opis lama best.. jauh dari bos. extra kebebasan sikit.

So.. lepas no boleh update blog dengan guna smartphone Nadia Lenovo S930 yang comel ni dan boleh la korang download apps blogger yang ada dalam Google Play. Tapi kalau nak best real macam update guna PC, taip entry dalam email then emelkan entry korang direct ke blog. Entry yang korang emel tu akan direct masuk dalam draft. Kalau nak setting gambar, korang boleh la edit semula. Nanti Nadia tunjuk yea cara nak setting semua ni.
Mata pun dah macam kena gam.. tak berapa nak celik dah.. jumpa next time yea.. Salam Ramadhan semua dan salam Nuzul Al-Quran.. (^_*) happy weekend.. Shopim raya jangan boros tau... MmMmuahhh.. sayang semua..

Love Life Somebody Girlz,
Nadia..

Wednesday, July 01, 2015

Kemaafan tiada noktah

8:54 AM 0 Comments
Assalamualaikum..

Monim... Alhamdulillah.. 14Ramadhan dah pun.. Syukur sangat-sangat masih diberi kesempatan merasai nikmat Ramadhan. Masih bernafas di bumi Allah. Kekadang nikmat ni kita tak tau sampai bila kita dapat merasainya.. So, sentiasa say “Alhamdulillah” tanda kita bersyukur dengan nikmat yang kita dapat rasa..

Semalam iftar, mood kelaut.. letih.. keje makin menimbun kat opis. Sensorang nak settle semua benda.. So, mood nak masak tak berapa nak "MOLEK" bak kata orang pantai timur ni. Masak pun ala kadar je. Sambal tumis sotong handmade by Chef Nadia.. hehehe.. chef la sangat kan.. member opis sampai tegur la.. muka macam orang lesu je.. macam orang sakit sesangat, nak beranak katanya. Hehee.. Nadia kahwin pun belum tau..

 

Semalam, masa Nadia tengah santai-santai tengok drama.. dalam pukul 10++ camtu la. Tengah sedap menunggu drama M.A.I.D mula tayang, ada satu iklan ni.. memang betul-betul menarik minat Nadia nak tengok dan memang betul-betul bermakna.. Kata-kata penghujung iklan tu terasa Nadia nak buat entry ni. KEMAAFAN TIADA NOKTAH. Nadia ada share video iklan tu.. memang sedih sangat tengok..


Yup.. kemaafan memang tiada noktah.. sebenarnya kemaafan ni bergantung pada empunya pemaaf dan si pesalah.. (ayat.. macam polis tak..? ) hehehe... Kalau tanya Nadia tentang maaf ni, Nadia boleh je maafkan seseorang yang buat salah pada kita kalau si dia berusaha untuk mintak maaf.. kalau dia tak mintak maaf pun.. memang Nadia akan maafkan.. cuma keadaan je la membezakan. Nadia maksudkan, Kalau seseorang tu cakap... "awak, saya mintak maaf.." mulut Nadia pun ringan je sebut "ye saya maafkan awak.." tapi kalau dia tak kata apa-apa atau "awak, tolong maafkan saya" atau “sorry” sekalipun, mulut Nadia ni pun sama berat je nak menzahirkan perkataan "saya maafkan awak".. cuma hati jea maafkan si dia (pesalah)..

Nadia cuma insan biasa.. punya hati dan perasaan sama macam orang lain dalam dunia ni. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w pun ampunkan umat.. ni kan pulak Nadia yang hanya insan biasa.. So.. memaafkan dapat bantu Nadia untuk lebih tenang dan cool dalam menjalani kehidupan hari-hari mendatang Nadia.. yang penting Nadia dapat senyum dengan tenang dan ikhlas.. Bestkan kalau hari-hari hati kita tenang.. mendamaikan je.. takde la perasaan sedih, terluka dan seangkatan dengannya..
 
MEMAAFKAN terapi hati..

Salam Ramdhan… semoga masih ada hari esok untuk teruskan kehidupan.. dapat la ringan-ringankan jari buat diary dalam rumah maya Nadia ni.. Payung senyum sikit pepagi ni.. J
Love u olls..

Love Life Somebody GIrlz, Nadia.©©©