Monday, September 21, 2015

Tinggal Jejak yokkk....!

6:19 PM 0 Comments
Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Hmmm.. lamanya tak ber-blogwalking.. dekat dua minggu dah biarkan kengkawan datang blog tanpa membalas balik kunjungan semua.. maaf yea.. memang tak dapat nak dielakkan.. kita hanya mampu merancang tapi segalanya Dia yang tentukan.. So, sesiapa yang dah follow, jenjalan dan tinggalkan pesan dalam CBox Nadia.. In sha Allah Nadia akan blogwalking korang dalam masa terdekat ni.
Diary Dya Nadya
Kalau yang belum tinggal.. hehehe..sila tinggalkan jejak "kaki" korang dalam blog Nadia supaya Nadia boleh jejak korang tau.. Maaf jugak kalau ada yang Nadia ter-miss out yeaaaa... Salam sayang buat kawan-kawan dunia maya Nadia dan salam perkenalan buat kengkawan yang baru.. Love u olls..

**************************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
♥♥Nadia Reza ♥♥

Friday, September 18, 2015

Perpisahan itu Pasti..

2:56 PM 0 Comments
Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Lama biarkan diari maya Nadia berhabuk tak ber-hupdate.. Perpisahan tetap akan berlaku. Perpisahan itu adalah PASTI. Samada hidup atau mati, cepat atau lambat.. ia pasti berlaku. Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui.. Sejauh mana kita sayang kan seseorang pasti kita akan berpisah.. Semoga arwah tok tenang disana. Along tetap sayang tok dunia akhirat. Terima kasih sudi galas tanggungjawab mak abah along dikala mak abah sibuk mencari nafkah. Terima kasih jugak mendidik along.. menjaga makan minum along, sakit demam along dan susah payah along tok tetap ada dengan Along. Melayan kedegilan along, kenakalan along yang tak bertempat ni.. segalanya yang pernah tok buat untuk along.. In sha Allah.. satu hari nanti kita pasti bertemu lagi di akhirat sana..

Rindu teramat sangat.. walaupun akhir-akhir ni along di pantai timur, tok di utara.. along tak pernah lupa tok pesan, jaga diri baik-baik, pandai-pandai bawak diri kat tempat orang.. Along sayang tok dunia akhirat.. semoga tok tenang disana.. Rindu sesangat kat tok.. hanya iringan doa yang mampu along sisipkan untuk tok.. Al-fatihah..
al-fatihah

**************************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
♥♥Nadia Reza ♥♥

Friday, September 11, 2015

Putus Cinta Manusia.. tak sakit mana pun.. ^_*

8:11 PM 0 Comments
Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

tengok tajuk entry macam kereekkk je kan.. tapi tu la hakikat Nadia rasa.. Sakit putus cinta sesama manusia tak seteruk mana pun.. in sha Allah, kalau kita ingat Allah pasti kita merasakan ianya satu ujian buat kita dan pikir Allah akan bagi yang terbaik untuk kita.. sebab..
Jodoh sesuatu yang pelik bin ajaib.. Bercinta dengan siPolan A, then putus.. Bercinta pulak dengan siPolan B dotdotdot dan bla2... kalau Allah cakap "siPolan A" adalah jodoh kita.. jauh mana kita berada dia tetap akan jadi milik kita.. 

 So.. Kalau korang @ Nadia sekalipun utus cinta.. jangan nak bersedih, pikir nak buat benda bodoh..okeh..!! Always solat.. jangan tinggal.. yang tu je mampu untuk banu kita dari sakit teruk putus cinta sesama manusia... Love u oll bestMAYAfriends...



**************************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
♥♥Nadia Reza ♥♥

Thursday, September 10, 2015

Motivasi : Solat itu memudahkan segalanya..

10:57 PM 0 Comments
Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Sekejap je kan... esok dah Jumaat.. Hmm.. Sesaja nak buat peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan Nadia.. Sesibuk mana pun kita.. jangan tinggal solat yea ^_^

diari Nadia
Sibuk membuatkan solat sukar TAPI solat membuatkan segalanya mudah..

Kekadang kita terkusyuk dengan keje sampai ada yang lupa Solat lebih penting dari semua keje.. semoga kita sesama memperingati agar utamakan solat..

**************************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
♥♥Nadia Reza ♥♥

Tuesday, September 08, 2015

Stress..!

9:54 PM 0 Comments
Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Bestnyaaa...seharian dirumah.. dapat buat segalanya yang Nadia suka.. Best kalau hari-hari macam ni.. takde la balik keje menangis kat kakak sweetie Nadia tak tahan stress kat opis.. So, solutions yang Nadia buat sekarang.. workhard realisasikan JOB Part time Nadia untuk jadikan job tetap.. Sabar dan terus sabar... nak hilangkan rasa stress Nadia ni.. Nadia memang wajib amik Vitamin B-Complex setiap pagi.

Semoga perasaan Nadia ni cepat berlalu.. penat hari-hari terpaksa senyum tak ikhlas. Nak masuk keje esok pun takde mood.. mood memang kelaut je sekarang ni...

**************************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
♥♥Nadia Reza ♥♥

September menjengah..!

12:35 AM 0 Comments
Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

hmm.. sekejap je masuk 9hari dalam september.. tapi..dugaan.. aish..memang kuat.. keje.. life dan segalanya diduga.. penat.. stress semuanya ada.. semoga ada harapan dihari akan mendatang.. semoga rezeki semakin melimpah ruah.. aaminn.. 

paling penting sekarang, cari the best side income yang mampu menjaga poket terbaik ni.. September bulan yang diduga.. smile apapun terjadi.. tak tahan nangis la.. meratap kat Allah.. itu yang terbaik...


**************************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
♥♥Nadia Reza ♥♥

Giveaway Chocolate Vochelle by dyan zakhi

12:23 AM 0 Comments
Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Alhamdulillah.. my First Join "Give away".. mana tau kan rezeki pertama kali join.. Yelah.. budak baru belajar join give away.. Nadia tertarik sangat give away ni sebab.. hadiah coklat tu.. sedap banget dapat coklat.. nikmat dia tak sama macam beli sendiri..


Tamat : 13 September 2015, 11.59pm (1 minggu shj)
Keputusan : 14 September 2015

Syarat-syarat 
1. Follow blog dyan
2. Tepek banner (copy je kat atas tu) & buat entri
"Giveaway Chocolate Vochelle by dyan zakhi"
3. Letak url entry kat komen
 
**************************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
♥♥Nadia Reza ♥♥

Sunday, September 06, 2015

Makan-Makan : Panaderia Cafe Kuantan

12:33 AM 0 Comments

Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Rasa lama je tak buat entry... huhu.. kepenatan sebenr.. banyak keje menimbun kat opis dan handle part-time job.. heheheh.. al-maklum ler.. sejak-sejak ada GST ni.. rasanya semua benda/barang naik harga..

So, malam ni Nadia nak throwback aktiviti petang tadi dengan sweetie kakak Nadia ni.. Petang tadi kitorang lepak-lepak santai makan kat ThePanaderia12 Dessert House. Nadia takde la amik banyak sangat gambar.. tapi sekadar ala kadar.. hehehe.. macam mana tu..

Cafe ni berdekatan dengan Politeknik Metro Kuantan dan berada diantara East Coast Mall dan Berjaya Megamall Kuantan. Kemungkinan orang-orang Kuantan mesti persan kot kedudukan Cafe ni.. Kalau yang tak tau.. boleh la guna waze. Suruh Encik Waze cari :

The Panaderia, Bakery House & Cafe
A-11 Lorong Tun Ismail 2 Sri Dagangan 2,
25000 Kuantan.

Panaderia Kuantan
Ehsan Encik Google : Signboard Kedai
Panaderia Kuantan
Ehsan : Encik Google
Papan Menu.. Tak jeles. huhu.. Camera Smartphone dah uzur..
Kakak Nadia yang tengah buzy tengok menu.. nak tambah hasil ternakan "encik Lemak".. peluang untuk maju kan "bisnes tambah lemak dalam badan".. Hehehe.. bukan kakak je tau.. Nadia pun.. sama naik.. aish.. bila la nak dapat pinggang kerengga ntah kalau kini gayanya...


Panaderia Kuantan
Sibuk pilih menu 
Kitorang pergi pun dah petang sangat. Banyak dessert dah habis.. tapi sempat jugak grab Nuteela Cheese... yang ni memang Nadia bagi 100% bintang markah.. heheheh.. (^_*) memang sedap sesangat.. I likeeee... Dessert ni kitorg makan sebelum kitorang dihidangkan dengan menu lain..
Panaderia Kuantan
Nutella Cheese Cake
So, Kitorang decide nak try Chicken Mee Soup dan Mee Bandung Muar.. Not badla masakan dia.. cuma terkilan bila dessert dah tak banyak pilihan.. Insha Allah.. akan datag repeat untuk makan dessert dia yang best ni...
Panaderia Kuantan
Mee Bandung Muar
Panaderia Kuantan
Chicken Mee Soup
Hahahaha..Yaya.. kalau dah jumpa makan.. tak naik-naik dah pala tu.. tnduk menghadap makanan jela.. menikmati kesedapan menu kat Panaderia Cafe ni..

Kusyuk dengan Best Menu.. Orang amik gambar pun tak sedar dah..


Kakak..kusyuknya makan mee bandung tu..
Kenyang perut hati senangggg.. hehehhe.. Alhamdulillah.. rezeki.. in sha Allah.. akan repeat datang ke cafe Panaderia. Tak puas hati tak dapat nak pilih dessert.. Next entry..tunggu tau...

**************************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
♥♥Nadia Reza ♥♥

Thursday, September 03, 2015

Blogspot.Com Berubah..?? Blogspot.My pulak.. Kenapa..?

11:21 PM 0 Comments
Assalamualaikum, Hi ^_^

Nadia sendiri pun baru perasan yang blogspot.com dah berubah kepada blogspot.my .... hehehehhe.. Kenapa eh..? Korang tau dah..? Kalau tak salah Nadia.. Perkataan "my" tu merujuk kepada negara kita.. Malaysia.. So, ini bermakna blog-blog kita sekarang ni didaftarkan dibawah negara masing-masing.

Pengedar Shaklee Kuantan
Belog Senyum Dya Nadia
Bermakna dengan perubahan ni memudahkan lagi kita untuk menaikkan SEO, iklan, follower blog kita dan sebagainya. Rajin-rajinkan diri yea naikkan blog korang.. dan rajin-rajin naikkan blog masing-masing yea. (^_*)


 *****************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
♥♥Nadia Reza ♥♥

Wednesday, September 02, 2015

La Tahzan, Jangan Bersedih Allah Ada

10:02 PM 0 Comments
Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Hmm.. tengok tajuk entry.. pun tau dah apa maksudnya kan.. setiap apa yang berlaku.. pasti ada hikmahnya.. Bersabarlah Nadia.. Kuatkan hati semoga dapat menempuh segala dugaan Allah nie.

Sesungguhnya saat ni.. tak mampu nak meluahkan.. hanya mampu tersenyum dan menelan segalanya sendiri. Takkan ada yang faham.. walaupun sejauh mana berkongsi.

Selagi boleh bertahan.. bertahan la.. Berserah segala kepada Allah.. doakan yang baik-baik saja.. pikir yang baik-baik saja..

 *****************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
♥♥Nadia Reza ♥♥