Thursday, December 25, 2014

Drama TV3 : Isthikarah Cinta

1:13 PM 1 Comments
Assalamualaikum & Salam sayang.

Fall in love again…. ©©©©© Fall in love again… habis je Rindu Awak 200%.. kali ni penangan drama Isthikarah Cinta pulak.. hai abang sado yang hensem… kenapa la best sangat lakonan kamu.. memang terjatuh cinta la.. hari-hari sanggup daku tunggu Istikarah Cinta.. Hmmm.. tapi yang tak bestnya.. drama isthikarah cinta ni ditayangkan waktu maghrib.. tapi takpe.. still boleh repeat tengok kat tonton, daily motion atau mana web/blog yang ada drama ni.. Meh Nadia kongsikan sedikit synopsis drama ni..


Sinopsis Istikharah Cinta Drama TV3 Slot Akasia
Istikharah Cinta mengisahkan sebuah perkahwinan yang diuji oleh jarak dan masa, yang mana berakhir dengan perceraian. Airil (Zul Ariffin) dan Aiza (Nonny Nadhirah) bercerai hanya selepas setahun berkahwin dengan alasan tak sehaluan. Punca sebenar perceraian itu kerana Aiza tidak tahan dengan kesibukan Airil. Walaupun sedih, Airil akur dengan keputusan isterinya.

Walaupun belum habis tempoh edah, Aiza kelihatan berpeleseran dengan kekasih hatinya. Situasi itu mengundang gosip di kalangan rakan sekerja Airil. Alisya (Lia Natalia) dan Taufiq (Azizul Ammar) rakan sekerja Airil, sentiasa memberi sokongan buat dirinya.

Selepas sahaja habis tempoh edah, Aiza berkahwin dengan seorang doktor iaitu Dr. Rizal (Nizen Ayob). Hasil perkahwinan itu, Aiza dan suaminya dikurniakan seorang anak. Walaupun telah 4 tahun berlalu, Aiza sering sahaja membandingkan kebaikan hati bekas suaminya dengan Dr. Rizal. Baginya, kesibukan Dr. Rizal di hospital menyebabkan dirinya rasa terabai oleh suaminya. Keadaan itu mencetuskan rasa marah di hati Dr. Rizal.

Airil semakin sibuk dengan kerjayanya. Suatu hari, ketika Airil menikmati hidangan makanan tengah hari. Dia terkejut dengan kehadiran seorang gadis yang tiba-tiba duduk semeja dengannya. Mulutnya yang asyik mengomel membuatkan Airil terhibur dengan keletahnya.

Memandangkan restoren itu berada berdekatan rumahnya, Dina (Faye Kusairi) sering menjamu hidangan di situ. Namun, waktu puncak telah menyebabkan tiada tempat duduk untuknya di restoren itu. Dina tidak patah semangat, matanya meliar mencari kerusi kosong. Sah! Memang ada kerusi kosong untuknya bersantap di situ!

Kehadirannya mengejutkan seorang jejaka kacak di hadapannya. Kenal tidak, persila duduk di situ pun tidak. Dina memang muka tebal. Tanpa mengenali jejaka itu, mulutnya rancak mengomel. Siapa sangka jejaka itu bakal menjadi insan istimewa di hatinya! Takdir Airil dan Dina dipertemukan di restoren itu. Saksikan adegan mencuit perasaan, pertembungan antara Airil dan Dina. Kisah percintaan romantis menerui drama TV3 Istikharah Cinta.

Pelakon Istikharah Cinta
Zul Ariffin – Airil
Faye Kusairi – Dina
Nonny Nadhirah – Aiza
Lia Natalia – Alisya
Syazwan Zulkifli – Hanafis
Nizen Ayob – Dr. Rizal

Azizul Ammar – Taufiq

Friday, December 12, 2014

Keluhan Rasa Seorang K..

6:16 PM 0 Comments
Assalamualaikum & Salam Sayang

Sebenarnya ni sekadar luahan rasa bukan la isu panas sangat.. Nadia nak cakap pasal persahabatan je pun. Apa yang Nadia coret ni semuanya pernah Nadia lalui. Ianya bukan satu benda mainan tapi ia melibatkan maruah kita sendiri. Aib kita pun ia jugak. Kalau kita sendiri tak jaga aib kita, siapa yang nak tolong jagakan..? takde oang pun yang sudi jaga aib kita melainkan Allah swt.
 
Kekadang bila terlalu tersa perfect pun bahaya jugak tau. Boleh makan diri kita jugak. So, sedang-sedang sudeh.. hehehe.. (Bahasa kuno kot..) seriously bahaya.. Bagi Nadia kalau kita sendiri terasa kita segalanya perfect kan bahaya.. apa yang orang sekeliling kita buat semuanya kita akan rasa salah.. semuanya tak betul.. kan susah kalau kita bersikap macam ni.. tak ramai yang suka berkawan dengan kita nanti.

Setiap yang ada pada diri kita ni, kena la kita sentiasa cerminkan diri kita. Tengok sejauh mana kelaku kita sendiri.. agak melampaui batasan, over gedixss.. or terlalu baik sampaikan orang teramat senang untuk buli kita, pijak kepala kita. Nadia tak kata salah untuk jadi budak baik tapi kita perlu sedar adakah kebaikan kita tu ikhlas atau hanya topeng semata2. Tapi rasanya keikhlasan kita hanya Allah je yang dapat tahu kan…?? So, redha dengan setiap kebaikan kita buat.

Straight to the point, persahabatan sebuah hubungan yang istimewa Allah kurnia kan pada kita. Berkawan, kita dapat share suka duka kita dengan kawan baik kita. Tapi tak semuanya kan..? Tapi kita jangan la terasa kawan kita hanya untuk kita meluahkan perasaan. Anggap kawan kita ni segalanya.. Macam mak ayah kita jugak.. bila kita berjauhan dari mak ayah.. orang terdekat dengan kita adalah kawan.. Syukur Alhamdulillah jika Allah kurniakan seorang kawan yang baik hati dan bertanggungjawab.

Jangan disebabkan sesuatu perkara, kita sanggup melukakan hati kawan kita. Memang tak diakui hati kita tetap kena jaga walaupun kita kena jaga kawan kita.. tapi tak bermakna kita perlu sakitkan hati kawan kita. Tak perlu sampai nak ber”hupdate” status yang tak baik di media massa untuk burukkan kawan kita,.. Apa yang akan kita rasa bila Hencik/Cik kawan kita tu membuat perkara yang sama pada kita..?? hupdate status “terkilan” dengan perbuatan kita..

Jika terasa hati sekalipun, tak perlu nak tunjuk pada umum.. tak perlu nak ber-hupdate status di muka buku.. cuba rendahkan ego.. berbincang dengan kawan atau mendiamkan diri terus.. bukan meletakkan status “hot” sehingga menaikkan amarah kawan.. adab berkawan pun ada tau sebut macam ni.. bukan Nadia main cakap je.. lagi satu.. jangan la kita selalu nak kengkawan kita je ikut cakap kita… sekali sekala cuba kita ikut cakap kawan. Jangan terlalu ikut ego kita yeeeepppp..
 
Dah la, melalut penpanjang pulak Nadia.. huhu.. tapi ni luahan je.. sebab apa..?? sebab… jeng-jeng.. Hanya Allah yang tau.. semoga Allah pelihara hati-hati kita untuk menjadi yang beriman, tau jaga aib kita dan kesayangan. Jangan luka kan hati kengkawan tau.. jangan main ikut kepala sendiri ja.. Life must go on.. sentiasa cerminkan diri kita untuk jadi yang terbaik untuk diri kita dan disenangi ramai.. Maaf jika ada hati yang terluka.

Salam Sayang

Nadia (>_*)

Happening Weekend

12:03 PM 0 Comments

Kekadang bila terlalu straight bekerja.. stress jugakkan.. So, hujung minggu yang dah beberapa minggu dah lepas.. Nadia luangkan masa sikit untuk masuk ke dalam dunia kanak-kanak..

Ber “Big Hero 6” seketika. Memang best la cerita ni.. Bukan selalu dapat tengokkan.. berbaloi leburkan duit sikit.. hehhehe.. Memang best
Memang best.. Suka Baymax.. kan best kalau dapat sekor macam tu.. Hehe..

Ada tak yang sudi bagi..? Filem ni Nadia bagi 5 bintang.. Kelakar, sedih.. semua ada.. dan paling suka bila ada perasaan kasih sayang.. Sesuai tau untuk budak-budak dan mak-mak serta ayah-ayah jugak tau.
Bestkan trailer dia.. memang gempak la.. rugi tak tengok.. kalau yang tak sempat ke wayang.. beli DVD nanti.. memang berbaloi.. Penangan untuk budak lelaki pulak.. Baymax.. Kalau budak pompuan.. Gila sangat ke Elsa & Anna (Frozen) tapi budak laki.. inilah.. Baymax..

Nadia jarang beratur beli tiket online.. hehehe.. kekadang tu penat beratur.. sampai jea giliran kita.. tiket habis.. takpun masa yang kita nak tu seat tak cukup la.. seat tinggal yang depan la.. macam lagi la.. bosan.. So.. jawabnya GSC online jea.. jimat masa.. hehe..





Weekend yang happening.. senyum jea.. walaupun dalam hati penuh suka duka.. Life must go on.. yang penting senyum.. (^_*)

Till then we meet again. insya-Allah..
Love u ollss..©©©

Thursday, December 11, 2014

Simple Besday Celebration

6:12 PM 0 Comments
Assalamualaikum & Salam Sayang 

Ahaks. ^_^ Simple Besday Celebration untuk kakak hangkat daku yang chumel ni.. Daku sendiri pun tak planning awal-awal..disebabkan ada halangan tak dapat nak dielakkan dan demi menghormati keadaan sekarang. So, ini je la yang sempat.Only both of us. Simple Besday Celebration..





Ber-nando’s seketika.. hehe.. jenjarang la makan kat sini.. so, ni kira second time daku makan kat sini.. Makanan Ala-ala mexico dalam suasana simple jea. Daku sendiri pun tak siap mana. Ala Kadar jek.. dengan muka yang agak kepucatan.. heheh ^_*






Hepi Besday kakak Lilyza. Daku sayang kakak.. walaupun kakak bukan hakak kandung daku.. daku tetap sayang. Yelah dakukan anak sulung, mana pernah merasa kasih sayang sorang kakak. Tunggu next year, kalau ada rezeki lagi.. kita celebrate lagi.

Balik je keje, terus panjang kaki melangkah ke East Coast Mall (ECM) ni terjah Nando’s. Kek yang comel ni pun daku tunjuk dekat Starbucks je. Tak sempat nak buat special order tahun ni. Takde kek yang comel-comel.. maaf yea kakak.. hehehe.. Daku pun ber- ala kadar bersiap.. Comot je kan.. hahaha..

Anyway.. hepi besday kakak.. Nadia doakan kakak makin murah rezeki dan bahagia dia samping orang tersayang.. Hehehe.. Besday yang ke berapa..? Rahsia.. jeng-jeng.. 
tak tau dah nak cerita apa.. Jumpa next entry, insya-Allah..

Till then we meet again. insya-Allah..

Love u ollss..©©©

Friday, September 26, 2014

The Beauty Queen Of F4 - Return

12:52 PM 0 Comments
Assalamualakum..

Bahagianya terasa.. diri terasa melambung-lambung terbang di awangan.. Mengimbau saat-saat kembali ke zaman persekolahan.. Ish.. rindu la kenkawan sebilik sekatil.. hahaha.. jangan salah faham tau.. ni la ayat seoarng student asrama. Saat persekolah, saat paling best. Rindu giler kat kenkawan. 

The Beauty Queen Of F4

Selepas hampir 10 tahun.. baru laa dapat jumpa korang balik.. walaupun hanya berhubung melalui fon, tapi aura korang tetap sama macam 10tahun yang lepas. Majoriti semua kawan2 Nadia ni dah pun berumah tangga.. kecuali empunya tuan tanah (Nadia), Ju-are, Yna dan E-bai. Kami berempat je belum tau.. The Beauty Queen Of F4.. tapi bukan untuk Nadia, Ju-Are, Yna & E-bai.. heheeh..we all still princess tau..

PRE RE_UNION just on WhatsApp group… kitorang dah pre re-union tau.. tapi hanya dalam group WhatsApp je dulu.. face to face dalam perancangan. Harap 2015 bakal mengimbau saat kami bersama dulu. 2004/2005 F4 dalam kenangan dan kami merancang untuk buat re-union face to face. Rindu nak bergelak ketawa macam dulu2. Makan semeja, tidur berkongsi bantal dan tilam.. Aish.. kalau la boleh putarkan masa nak je rewind saat2 "berhostel" dengan budak2 notti ni.. hehehe.. jangan marah tau kenkawan..

Aish...tak tau nak gambarkan perasaan ketika ni.. seronok pun ada.. sampaikan opis mate cakap ai sibuk mesej dengan pakwe sedangkan ai (Nadia) tengak gelak suka baca kerenah kengkawan dalam group comel ni.. Kalau jumpa mau tak tido malam di buatnya.


tak larat nak taip dah.. penat sama meh-edit belog tempahan.. nanti ai cerita pepanjang lagi tau gelagat kengkawan ai dalam group ni..

daaaaaaa.....jumpa next entry.

Saturday, September 20, 2014

One step to go...!!

4:01 PM 0 Comments

Alhamdulillah.. hari ni hari Nadia buat ujian QTI untuk dapatkan leaen memandu. Aish.. dah 20++ tahun pun.. lesen memandu kereta belum siap.

Semoga ujian JPJ nanti Nadia lulus sekaligus. Kuasa Allah, tak terjangka Nadia boleh sampai tahap ni. Realiti kehidupan. Tidak terjangka dek akal nak merasa semua ni.

Semoga kehidupan Nadia sentiasa di sirami dengan perkhabaran yang baik lagi.. amin..

Maaf la yek kalau gambar tak berkaitan.. (^_*)

Friday, September 19, 2014

Salam Ukhuwah,bukan kali pertama yek..!!

5:56 PM 0 Comments
Assalamualaikum

Hai korang.. ni bukan blog pertama Nadia tau.. sebelum ni Nadia dah ada blog lain.. Cuma ni blog personal yang tak melibatkan bisnes tapi lebih kepada diary online dan sharing ilmu serba sikit.

Apa-apa yang dalam blog Nadia ni tiada kena mengena dengan hidup sesiapa okeh..


Semoga belog tak berapa nak comel ni beri banyak untuk Nadia.. Bukan senang nak jadi blogger hebat macam Fatin Liyana dan Irene Nadia Marcello. 

Korang jangan lupa beri tunjuk ajar kat Nadia yea. Nadia tak hebat sangat pun. Apapun Nadia banyak refer blog tutorial mana-mana pun dalam dunia google ni.