Thursday, December 26, 2019

Insurans @ takaful untuk anak, perlu ke tidak?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
 Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Ya Allah lamanya tak bersiaran. Rasanya dekat dua tahun jugak la tak rajinkan diri menaip untuk blog ni. Tapi bukan setakat blog, instagram, twitter & FB pun berhabuk. hehehe.. Ini menunjukkan kakak mungkin anti-sosial. Ehh, tak laa. kakak banyak urusan kekeluargaan yang kena settle. Banyak benda kakak nak share tapi belum ada kesempatan lagi. Kali ni kakak rasa memang nak sangat-sangat share sebab kakak rasa benda ni ter-very very very sangat important. 

Untuk pengetahuan semua, kakak belog dah ada anak.. Alhamdulillah, anak kakak dah pun nak masuk setahun setengah usia dia. So, betulkan kakak kata, kakak dekat dua tahun tak rajinkan diri untuk memblogging. So, kali ni kakak nak share sikit supaya kita semua ada panduan jugak sekurang-kurangnya, walaupun panduan tu tak seberapa. Nanti kakak buat entry untuk anak "special" kakak okeh.

Image result for insurans

 Memandangkan anak kakak dah setahun lebih, kakak dan suami dah decide untuk cari "payung" untuk anak. Payung yang kakak maksudkan tu adalah insurans @ takaful. Mesti ada yang tertanya, kenapa dah setahun lebih baru nak carikan anak insurans/takaful kan. Meh kakak intro sikit. Anak kakak lahir memang cukup bulan, 39minggu 2hari. Kakak & suami namakan sicomel kakak, Nur Qhadeeja Binti Mohd Huzairi. Tapi Allah hadiahkan sesuatu yang "istimewa" untuk anak kakak. Baby kakak lahir tanpa lubang dubur (takde lubang untuk buang najis besar @ berak la senang cakap). Kalau bahasa hospital ni, orang panggil imperforate anus. Okeh dah cukup dulu intro bab anak. Nanti kakak share lagi kisah anak ok. 

Berbalik pada entry kali ni, penting ke tak insurans/takaful untuk anak ni. Bagi kakak, mungkin ianya sangat penting. Kakak tinggal dalam kawasan bandar utama dalam negeri Pahang ni. Kemudahan perubatan pun, alhamdulillah, banyak. Tapi kakak faham, dalam banyak kemudahan tu, lagi banyak orang mengharapkan kemudahan perubatan cuma beza dia, selesa dengan tak, mampu dengan tak mampu. Mungkin Allah hadiahkan Qhadeeja dalam keadaan macam tu membuatkan kakak rasa insurans/takaful ni sangat penting. Pengalaman memang mengajar kakak jadi makin dewasa. 

Masa pregnant, kakak memang tak amik apa-apa insurans untuk protect kakak. Dan kakak dengan suami memang takde insurans untuk diri sendiri memang tak terfikir untuk ada insurans/takaful untuk diri sendiri. Bila Qhadeeja lahir dan ada hamba-hamba Allah tau keadaan Qhadeeja. Semuanya seakan menyesal tak nasihatkan kakak untuk "protect" kakak dan baby. Tapi aturan Allah dah cantik, ada sebab kenapa Dia aturkan semua ni. Kakak pun dah tau insurans/takaful ni dah termasuk dalam kategori keperluan, bukan lagi kehendak. Orang cakap seawal baby usia 2minggu dah boleh belikan insurans/takaful, tapi sebab Qhadeeja istimewa, kakak hold sampai segalanya kembali normal macam baby biasa. Kakak dah slow slow cuba jugak mencari insurans/takaful untuk Qhadeeja. Alhamdulillah kakak jumpa, cuma ianya tak la semudah a,b,c. Tapi walaupun tau ianya sukar, kakak tetap buat untuk kepentingan dia. 

6bulan pertama usia Qhadeeja, memang kakak detail sangat sangat jaga Nur Qhadeeja. Banyak prosedur kami nak lalui untuk dia "normal" macam baby biasa. So, kakak memang jaga kaw-kaw. No bulu kucing, No aktiviti luar, no asap rokok dan no macam macam lagi la yang mendatangkan kesan buruk untuk kesihatan Qhadeeja. Alhamdulillah, dalam No, no, no tu kakak mampu memudahkan urusan Qhadeeja kembali normal macam baby lain.  Tapi bila semua operation Qhadeeja dah settle, dan Qhadeeja normal macam baby lain. Kakak akui, antibodi Qhadeeja tak lagi sekuat sebelum dia lalui semua operation untuk normal macam baby lain. Mudah demam, batuk, selsema dan lain-lain lagi laa. Untuk 2019 ni, 5x kami warded. 2x wajib warded untuk urusan operation, 3x kali lagi lepas Qhadeeja operation. Demam, cirit-birit. Start dari sini kakak berusaha merisik majoriti semua insurans company dalam Malaysia ni yang mana satu terima Qhadeeja untuk "diinsuranskan". 

Kakak akui, kemudahan di hospital kerajaan memang memudahkan semua orang dari segi semua aspek. Cuma, hospital kerajaan adalah tumpuan utama semua rakyat biasa yang poketnya macam kakak blog ni. Poket biasa2 je orang kata. Untuk ke hospital swasta kita mungkin takkan mampu. Bil hospitla swasta jauh berbeza dari kerajaan. 500x ganda jugak kakak rasa. Banyak yang rujuk kerajaan dari swasta. Tapi hospital kerajaan akan utamakan dahulu kes2 yang betul-betul memerlukan perhatian. Pernah sekali, Qhadeeja demam suhu cecah 40'C. Kakak & suami terjah hospital tengah malam, dan kena warded. Terus terang kakak kata, warded Qhadeeja demam memang berbeza gila suasana dia berbanding dengan warded masa Qhadeeja operation. Wad lain2, suasana pun berbeza dan kuantiti pesakit lagi la berbeza. 3hari 2malam jugak kami warded masa Qhadeeja demam, discaj je dari wad untuk kes demam tu, keadaan Qhadeeja, makin down. Demam semula siap pakej batuk, selsema. Selera makan memang lagi drop. 3hari lepas je warded dari hospital kerajaan, kakak ke klinik biasa dan klinik mintak refer balik hospital. Kakak memang teragak2 untuk refer balik hospital kerajaan, tambahan kakak tau masa tu wad kanak2 terlampau padat pesakit. Kakak memang bertawakal cuba untuk masukkan Qhadeeja ke hospital private, dengan percubaan menggunakan insurans yang company kakak sediakan.

Kesimpulannya insurans/takaful memang bagi kesenangan pada kita walaupun "sakit" untuk bayarnya. Untuk keselesaan anak2, boleh kita adakan insurans untuk keselesaan kita bersama. Bukan setakat anak je selesa, sekali mak pun akan selesa. Banyak jugak insurans/takaful yang murah kat pasaran luar sana yang mampu kita miliki cuma kita kena rajin untuk merisik market insurans/takaful. Insha Allah next kakak akan kongsi pulak macam nak jumpa insurans murah.

Hanya Insan biasa yang Lemah..!! Love u olls.. (^_*)

*******************************************************
LoveSomebodyHambaAllah 
©©DyaNadiaReza©©












No comments: