Saturday, August 12, 2017

Amalan Awet Muda & Cantik Berseri

8:50 PM 0 Comments
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
 Assalamualaikum, Hiii.. ^_^


Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua tau muda. Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walaupun dah agak berusia seseorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempersona. Kata pepatah Inggeris, "LOOK GREAT AT YOUR AGE". Jadi petua dibawah ini boleh diamalkan oleh sesiapa saja samada tua atau muda.

Petua ini diajarkan oleh Dato' Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. 
Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun amalkan 1 cara sahaja asalkan kita istiqamah mengamalkannya.


Cara 1: Dilakukan selepas solat Isyak
© Ambil air segelas
© Baca surah Al-Fatihah sekali
© Ayatul Qursi sekali 
© Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7kali
© Tiup dalam air minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikkan diri & untuk kebahagiaan rumah tangga.

Cara 2: Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.
© Baca "Ya Badiyah" 1x
© Baca "Ya Nur" 1x
© Baca "Ya Hadi" 1x
© Baca "Ya Allah" 3x

Cara 3 : Amalkan membaca ayat2 seperti berikut : 
© Baca ayat ke 35,36,37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada setiap kali selepas solat subuh.
© Selepas baca ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.



Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalamSELAMAT MENCUBA =) 

Hanya Insan biasa yang Lemah..!! Love u olls.. (^_*)

**********************************************
LoveSomebodyHambaAllah 

©©DyaNadiaReza©©

Friday, August 11, 2017

One Step to Closed

4:40 PM 0 Comments
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
 Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Alhamdulillah.. dah nak penghujung alam pertunangan dah pun.. baru mood nak hupload tu ada. Tarikh 28.01.2017 status dah bertukar.. syukur.. pertemuan yang tak diduga.. selepas 7 tahun encik tunang kenal Nadia. Perkenalan hanya pada nama saja,6 bulan kebelakangan ni rapat, akhirnya encik tunang suarakan hajat untuk #roadtohalal.

Sememangnya orang kata alam tunang ni banyak sangat dugaan yang mendatang.. dan Nadia akui.. memang alam pertunangan ni sangat-sangat mencabar tahap kesabaran dan keimanan.. Hanya Allah je yang tau betapa kuatnya dugaan dalam alam pertunangan. Siapa yang dalam alam pertunangan, mintak korang betul-betul kuatkan hati tempuh apa jua yang berlaku.

So, kita throwback balik awal-awal pertunangan. Majlis tunang Nadia simple je okeh..! No mini pelamin, no baju bling-bling.. simple.. tu yang di request dari encik tunang.












































Hantaran pun takde yang meletopsss okeh.. dari pihak lelaki 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan.. Takde photographer, takde photoshoot mewah-mewah tepi pantai.. yang ada pic semua dengan famili..

Anyway, kami telah pun selamat melayari alam pertunangan selama 7 bulan.. dan dalam tempoh ni segala-galanya Nadia dah pernah merasa.. bagi Nadia permulaan 2017 permulaan hidupan baru dengan satu ikatan diantara dua hati dan in sha Allah penghujung 2017, pengakhiran kepada perhubungan ikatan dua hati.. Doakan segalanya di permudahkan. #ROADTOHALALHN #COUNTINGDAY #HUZAIRI©NADIA

In sha Allah, nanti Nadia update lagi entry yang tertangguh.. Terima kasih buat yang sudi baca entry tak seberapa dari Nadia..

Hanya Insan biasa yang Lemah..!! Love u olls.. (^_*)

**********************************************
LoveSomebodyHambaAllah 

©©DyaNadiaReza©©



Wednesday, August 09, 2017

Welcome back untuk kali yang ke.....

5:03 PM 0 Comments
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
 Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Lamanya jejari tak berapa nak manis tak bercinta dengan dunia maya.. Rasanya ni mungkin entry yang ketiga, keempat dalam tahun 2017. 

2.0.1.7 tahun yang teramat mencabar... banyak sebenarnya yang nak dikongsikan. Tapi masa belum berkesempatan. Nak kata tak cukup masa tu tak jugak, tapi banyak benda dan perkara yang tak diduga terjadi sampai menyebabkan Nadia pun tak kuat nak hadapi ujian-ujian mendatang.

Nadia mohon kengkawan maya doakan Nadia.. In sha Allah dalam masa terdekat ni.. Nadia akan sentiasa update yang terkini dan entry2 yang masih pending nak share. 

Terima kasih buat yang sudi baca entry yang tak cukup panjang dan luangkan masa walaupun sekejap.. 

Hanya Insan biasa yang Lemah..!! Love u olls.. (^_*)

**********************************************
LoveSomebodyHambaAllah 

©©DyaNadiaReza©©