"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum, Hiii.. ^_^
Alhamdulillah..... Allah masih sayangkan Nadia. Bernafas pada hari ni tanda kasih sayang Allah untuk kita. Kalau sebelum ni, Nadia selalu rasa Nadia paling susah dari segi kehidupan. Tapi, Nadia sering terlupa yang dalam Malaysia ni masih ada yang susah dari Nadia. Apa yang nadia sharing ni, pengalaman nadia sendiri. Bukan rekaan, tapi nadia sendiri alami..
Menusuk kalbu...!
Kali pertama, Khamis (19 June 2016) sekitar pukul 9pagi.. Nadia ke pejabat pos Balok. Untuk buat penghantaran surat guna pos ekspress. Sememangnya waktu tu, poket nadia memang dah tipis nak kering. Walaupun ada lagi RM20-30 cukup-cukup untuk makan sampai nak tunggu gaji. Nadia dah terasa semput, susah.. Masa kat kaunter pos tu, orang sebelah Nadia keluarkan ASB. Memang diluar jangkaan, nadia selalu rasa yang orang keluarkan ASB mesti ribu riban. Tapi orang sebelah nadia keluarkan RM30 untuk beli susu anak sementara nak tunggu gaji yang nadia sendiri taktau bila dia gaji. Masa tu dalam kepala nadia, nadia fikir orang ni mesti gaji hanya sekitar RM800-900. Dengan taraf hidup yang serba tinggi sekarang memang teramat mencabar untuk orang gaji bawah RM1000 untuk survive hidup.
Kali kedua Selasa (pagi sekitar 10-11 pagi) 24-June-2016. Insaf seketika bila Nadia tenampak seorang pakcik ni di Pasar Tani Ampangan, kutip kotak-kotak yang peniaga-peniaga kat situ buang dan ada secebis makanan dalam kotak dikutip, cuci hanya lap denagn baju dan dengan lafaz "bismillah" pakcik tu makan.. dan masa nadia lalu tepi pakcik tua tu, dia tengah suap anggur sebijik dalam mulut.. Allah.. sebak rasa. Pakcik yang serba daif tu, nak jalan pun takde kekuatan, cekal tempuh kehidupan demi sesuap nasi dan rezeki halal.. Ini kali kedua nadia nampak.
Deep...!!
Mungkin ni salah satu cara Allah untuk pujuk hati nadia.. Nadia tau Nadia susah saat ni, tapi Allah nak nadia tau yang ada lagi yang susah dari nadia alami sekarang. Allah nak nadia bersabar tempuh segala ujian yang melanda. Jangan bandingkan kehidupan orang lain dengan kita. Jangan pandang keselasaan orang tapi pandang la orang yang susah supaya kita tak mudah putus asa dan lupa diri.
Coretan ikhlas untuk diri sendiri. Ingatan buat nadia yang selalu give-up. Yang selalu jeles dengan kehidupan orang lain sedangkan nadia lupa ada lagi yang susah dari Nadia.
Hanya Insan biasa yang Lemah..!! Love u olls.. (^_*)
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum, Hiii.. ^_^
Jom sama-sama kita join Segmen Bersama Amirah Azman.. Senang je, klik banner then tempek je kat entry blog kita.. simple kan.. (^_^) Semoga berjaya semua..
Assalammualaikum dan salam sejahtera
( CLICK banner untuk Join sekali )
TAMAT : 31/05/2016
UMUM PEMENANG : 01/06/2016
Hanya Insan biasa yang Lemah..!! Love u olls.. (^_*)
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum, Hiii.. ^_^
Alhamdulillah.. 15hb Mei nak dah menjengah pun.. So, macam Nadia janjikan.. Nadia akan umumkan senarai pemenang Pencarian Pertama Kali Bloglist by DyaNadia Reza dan tahniah buat yang join segmen Nadia. Disebabkan kali pertama dan kengkawan yang baik hati sudi join Nadia punya pencarian Nadia masukkan semua kengkawan yang join dalam bloglist Nadia. So, Nadia dah masukkan semua blog yang join dalam bloglist Nadia..! Tahniah semua.. dan terima kasih kerana sudi join. Kengkawan yang tersenarai dalam bloglist Nadia akan berada dalam semarai bloglist Nadia sehingga 30-June-2016.
Terima Kasih Atas Sokongan Semua ^__^
Salam perkenalan buat kengkawan baru Nadia =) Siapa yang belum follow, jom blogwalking dan follow blog kengkawan Nadia..
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum, Hiii.. ^_^
Alhamdulillah... tamat sudah pencarian bloglist Nadia.. tapi maaf.. baru hari ni berkesempatan untuk buat entry penamat. Alhamdulillah.. Seramai 21 orang kawan blogger Nadia join. Okeh, kat bawah ni Nadia share link blog kawan-kawan yang join.. jom kita sesama blogwalking dan follow kengkawan kita jika ada yang belum kita follow..
In sha Allah, 15hb June ni Nadia akan umumkan senarai-senarai blog yang terpilih untuk disenaraikan dalam bloglist Nadia. Apa-apa pun thanks buat kengkawan yang sudi join dan follow blog Nadia. Jom, singgah blog kengkawan Nadia.
Kalau ada yang Nadia tak masukkan dalam senarai ni, Nadia mohon korang drop comment yea.. Nadia takut Nadia tercicir dan terlepas pandang.. Semoga berjaya semua =)
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum, Hiii.. ^_^
Harini aku nak lancarkan satu segmen, tak paksa untuk korang join tapi kalau boleh lagi ramai lagi meriah kan. Boleh berkenalan dan tambah ramai followers. Yedok? hehehe..
Syarat penyertaan senang sahaja.
Korang hanya perlu follow blog SYF.DEANdan buat entri tentang segmen ini serta tinggalkan link penyertaan dekat ruangan komen. 10 pemenang akan dipilih untuk menghiasi ruangan blogslist bagi bulan 6 serta tahun 2016. Selamat bersegmen!
Hanya Insan biasa yang Lemah..!! Love u olls.. (^_*)