Tuesday, June 30, 2015

Aturan ALLAH yang terbaik (^_*)

10:11 AM 0 Comments
Assalamualaikum Lovers..

Sekejap je kan.. kita dah pun lalui 13Ramadhan. Macam mimpi pun ada.. sedar-sedar dah Ramdhan dah jauh meninggalkan kita.. Kekadang taknak masa ni berjalan dengan pantas sangat. Kalua boleh biarlah masa fix je tak bergerak-gerak. Bestkan..

Bukan pikirkan pasal raya sangat.. dalam usia sekarang raya tak bererti apa-apa pun sebenarnya.. kan..? kalua dulu yeala.. sibuk nak raya sebab nak kumpul duit raya banyak-banyak pastu nak beli apa yang Nadia inginkan.. korang dulu pun macam tu kan.. (>_<) .

Tapi sekarang ni, taknak dah pun semua tu. Ingat nak kumpul pahala dalam Ramadhan pulak. Best lagi nikmat Ramadhan dari Syawal. Indahnya Ramadhan dari Syawal.. Haisy.. jangan la Ramadhan pergi. Sayu hati terasa.. terasa keperitan itu.. ada apa la sangat dengan Syawal.
Persiapan Syawal korang camna..? dah siap semuanya..? Nadia tak terasa nak buat persiapan sangat. Ber-ala Kadar je. Hati terasa teramat-amat tak seronok. Tau kenapa.. tapi sengaja malas nak layan dan biarkan perasaan menguasai diri. Makin melarat jiwa kacau pulak nanti. L So, biarkan rasa itu pergi.


Apa yang Nadia planning 2-3 bulan lepas, semuanya tinggal kenangan. Kenangan tinggal kenangan. Harapan tinggal harapan. Redha dengan ketentuan Allah. Dia sebaik-baik perancang dan aturan Dia tiada siapa dapat tahu. Yang penting sekarang ni kena didik hati untuk redha dan terima seadanya. Anggap segala yang terjadi ni adalah ujian untuk Nadia lebih matang dalam kehidupan ini. J
Mengenali seseorang itu adalah ANUGERAH.. Biarpun hadirnya hanya seketika, sekadar menjadi pelengkap cerita. Mungkin satu hari nanti kita bakal dipertemukan dengan yang lebih baik dari seseorang itu. Apapun hidup mesti di teruskan dan senyum selalu untuk hilangkan suka duka di hati ini. J
Salam Ramdhan… semoga masih ada hari esok untuk teruskan kehidupan.. dapat la ringan-ringankan jari buat diary dalam rumah maya Nadia ni.. Payung senyum sikit pepagi ni.. J
Love u olls..

Love Life Somebody GIrlz, Nadia.©©©

Monday, June 29, 2015

Rindu Rumah Maya.. (^_*)

3:02 PM 0 Comments
Assalamualaikum…

Waaaaa… rindunya nak ber-story dalam belog ni.. lamanya rasa tak meng-hupdate blog.. mau belog dah bersawang, banyak dah spider kat blog.. heheheh.. merapu je Nadia petang-petang ni. Hehehe..

Terasa lama sangat belog tak hupdate.. sesunguhnya masa terlalu jeles kat Nadia. Hehehe.. masa je tau yang jeles, bukan orang lain. Petang-petang macam ni takde la nak cerita sangat. Tapi hati ni haa.. sibuk nak berbunga-bunga kat belog ni.. Hati Nadia berbunga kot.. hehehe.. Hanya Allah yang tau jawapan itu.

Korang, pernah tak korang terfikir tentang jodoh korang..? Kalau ada yang risau, better cepat-cepat sujud kat Allah.. insya-Allah mesti korang akan rasa tenang. Maca tu jugak la Nadia rasa lately ni. Siapa la yang tak tergugat bila tengok kengkawan sebaya semua dah berumah tangga dan ada anak. Hanya Allah je yang tau macam mana rasa hati ni.. Nak je cari suami saat ni… hahaha.. tapi apa kan daya daku hanya manusia biasa. Sebaik2 perancangan, perancangan Allah adalah yang terbaik. So, redha dan tawakal pasti ketemu Mr.Istikharah daku nanti. So bebanyak la bangun solat tengah malam ye untuk sesiapa yang rasa macam Nadia rasa ni.


Jodoh.. semua ketentuan Allah. Sabar menanti tau.. bukan untuk korang jea, tapi untuk Nadia jugak… semoga satu hari nanti kita akan jumpa “Imam” untuk masjid bakal kita bina. Amin…

Tip Mudah Memasak Wanita Bekerja Di Bulan Ramadan

2:59 PM 0 Comments
Assalamualaikum..
Hai u olls.. sedar tak sedar dah dekat dua minggu kita lalui bulan RAamadhan yang mulai ini. Hmm.. rasanya ramai readers blog Nadia yang dah berkahwin dan dalam masa yang sama menjadi ibu bekerjaya. Berbeza dengan status Nadia yang masih bujang, mesti korang akan rasa orang bujang punya banyak masa, kan..?
Sebenarnya, bujang atau dah berumah tangga ia adalah keadaan yang sama. Pengurusan masa yang betul sangat-sangat memainkan peranan yang penting. Bujang tak semestinya punya masa yang cukup kalau tidak diuruskan sebaik yang mungkin.
Sepanjang Ramadhan ni, juadah untuk bersahur dan iftar korang rasa yang mana lebih memudahkan korang..? Juadah yang dibeli atau dimasak sendiri..? Kalau Nadia, Nadia suka kalau memasak sendiri juadah ni. Selain lebih terjamin tahap kebersihan dan khasiat makanan tersebut, ia juga boleh menjimatkan wang ringgit. Siapa tahan kalau setiap hari perlu membeli di bazaar Ramadan yang harga makananya sangatlah mahal.
Nadia yang bujang ni pun lebih selesa memasak sendiri, apatah lagi semua yang bergelar ibu. Pasti ingin memasak sendiri juadah berbuka puasa untuk keluarga. Mungkin bagi yang bekerja di rumah atau suri rumah, soal memasak untuk berbuka puasa tiada masalah tetapi bagi wanita yang bekerja dan terikat dengan komitmen masa ia agak mencabar dan perlu menjadi ‘lipas kudung’ jika hendak memasak setiap hari.
Sebenarnya ada cara untuk kita menjimatkan masa dan tenaga. Kenapa tidak diguna pakai untuk memudahkan tuga memasak kita. Bukan sahaja boleh digunakan pada bulan puasa tetapi sesuai untuk sepanjang masa.
1.    Rancang menu seminggu
Untuk mengelakkan anda pening kepala, apa kata rancang menu masakan untuk seminggu. Senaraikan menu, bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak menu tersebut dan mula keluar membeli belah bahan pada hujung minggu.
Ehsan : Google
2.    Pembungkusan lauk pauk mentah
Apabila beli ayam, minta peniaga potong kecil ayam tersebut bersesuaian dengan menu masakan yang kita pilih. Elakkan beli ayam seekor sebab ia hanya menyukarkan kita untuk proses memotong ayam tersebut. Begitu juga dengan ikan, minta peniaga menyiang ikan-ikan tersebut bagi memudahkan kita. Selepas itu kita perlu membungkus ayam, ikan, daging dan sebagainya yang dibeli dalam bungkusan plastik atau bekas mengikut kegunaan harian. Jangan bungkus semuanya dalam satu bekas/plastik kerana ia akan menyukarkan kita apabila tiba masa untuk memasak. Simpan dalam bahagian dingin beku, setiap kali hendak memasak, anda hanya perlu keluarkan dan letak di bahagian chiller. Pulang dari kerja ayam atau ikan sudah lembut dan boleh terus dimasak.
3.    Kisar bawang dan cili
Potong cili, bawang merah, bawang putih, halia yang menjadi bahan asas utama dalam kebanyakan masakan untuk kegunaan sebulan. Kisar bahan-bahan tersebut dan simpan sebagai stok. Ia akan memudahkan tugas memasak anda.
4.    Gunakan gunting bukan pisau
Penggunaan gunting berbanding pisau lebih menjimatkan masa ketika memotong sayur jenis berdaun seperti sawi, kangkung, bayam mahupun menyiang ikan.
5.    Sejuk bekukan lebihan lauk
Kadang kala ada masanya makanan yang dimasak tidak habis dimakan, jangan membazir dengan membuangnya. Anda boleh simpan dalam peti dingin beku dan boleh dimakan semula keesokan hari.
6.    Masak satu lauk yang lengkap
Untuk lebih menjimatkan masa, anda boleh pilih menu yang merangkumi semua dalam satu masa. Contohnya seperti masakan  tomyam, paprik, masam manis, kicap dan lain-lain.
7.    Ulam-ulaman pengganti sayur
Jika tidak sempat masak sayur, anda boleh menggantikan hidangan sayur dengan ulam-ulaman atau salad yang lebih mudah dan cepat selain tetap berkhasiat.
8.    Dari dapur terus ke meja
Sekiranya anda mahu menjimatkan masa daripada mencuci periuk dan kuali, boleh pilih menggunakan peralatan memasak yang boleh dipindahkan dari dapur terus ke meja makan seperti periuk kaca tahan panas.
Simple je kan tips memudahkan kita yang bekerja untuk masak. Korang buat la try buat tips Nadia share ni malam nanti.. dan tips ni jugak yang Nadia praktik untuk Nadia jugak. takde la berlaku banyak pembaziran sempena bulan yang mulia ni.. J