Sunday, August 30, 2015

Drama Mencintaimu, slot akasia TV3

12:21 AM 0 Comments
Assalamualaikum, Hi Semua ^_^

Hmm.. dah dekat 2 minggu pun Syurga Nur habis, baru hari ni berkesempatan nak update entry drama baru. Drama kali ni, memang menarik minat Nadia sesangat. Tapi, disebabkan masa ditayangkan tak berapa nak sesuai.. So, Nadia prefer untuk tengok online jea. 

Drama yang mengganti Syurga Nur, simple sangat tajuknya. MENCINTAIMU arahan oleh Raja Ahmad yang menggandingkan pelakon kesukaan Nadia, Shahnaaz Ahmad dan Zahirah MacWilson. 

drama, maizatulnadia.blogspot.com
Mencintaimu 

TAJUK

MENCINTAIMU

EPISOD : 28 Episod
TARIKH : 19 Ogos 2015 (Isnin-Khamis, 7.00 petang)
SLOT : Akasia
SALURAN : TV3
ARAHAN : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PARA PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Zahirah Macwilson, Sasqia Dahuri, Sarah Anne, Niezam Zaidi, Hafizul Kamal, Fikhree Bakar, Aleza Shadan, Musthapa Kamal, Nina Juren, Afzan A.Rahmam, Ruzana Ibrahim, Abu Bakar Juah, Fadhil Dani, Fadilah Mansor , Riezman Khuzaimi, Rahim Jailani.

Mengisahkan tentang Anissa yang begitu teruja untuk menyambung pengajiannya di Universiti setelah 2 tahun dia bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga dan pengajiannya. Semasa hari pertama sesi suai kenal di kolej, Anissa mula jatuh hati dengan Hisham Dato Hanafi. Hisham dan kawan baiknya, Helmi sering membuli Anissa. Hisham dicabar oleh kawan-kawannya untuk keluar bersama Anissa. Namun Anissa menolak pelawaan tersebut sehingga Hisham bertindak untuk menyiasat latar belakang Anissa. Rupa-rupanya, Ibu Anissa merupakan pembantu rumah keluarga Hisham. Semenjak itu, Hisham sering merendah-rendahkan Annisa. Lama-kelamaan pergaduhan membawa kepada percintaan. Helmi membuat rancangan jahat untuk mengenakan Anissa. Rancangan tersebut membawa kepada Anissa dirogol oleh Hisham. Kehidupan Anissa selepas itu terus gelap dan dibuang Universiti. Selepas beberapa tahun, Anissa berubah penampilan. Dia bekerja di syarikat keluarga Hisham. Pelbagai rintangan di antara mereka akhirnya mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak bernama Fayad. Dalam masa yang sama, Asyikin (tunang Hisham semenjak kecil) berterusan mengejar cinta Hisham dan sering menggugat perhubungan Anissa dan Hisham.

So,kalau korang nak tengok drama ni. Boleh la klik link-link yang Nadia sharekan dibawah ni yea. In sha Allah, Nadia akan sedaya upaya untuk update episod setiap hari.


Tonton or Download Mencintaimu Full Episod

Episod 1 : Tonton or Download
Episod 2 : Tonton or Download
Episod 3 : Tonton or Download
Episod 4 : Tonton or Download
Episod 5 : Tonton or Download
Episod 6 : Tonton or Download
Episod 7 : Tonton or Download
Episod 8 : Tonton or Download
Episod 9 : Tonton or Download
Episod 10 : Tonton or Download

Episod 11 : Tonton or Download

Episod 12 : Tonton or Download

Episod 13 : Tonton or Download

Episod 14 : Tonton or Download

Episod 15 : Tonton or Download

 *****************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
♥♥Nadia Reza ♥♥

Tuesday, August 25, 2015

Throw Back Weekend : Wayang Pixel

11:06 PM 0 Comments
Assalamualaikum u olls...

Ouchhh.. weekend yang awesome.. hmmm J Suka sangat.. sebab weekend yang bermakna sangat kali ni.. tapi Nadia taknak la cerita kenapa awesome sangat weekend kali ni… tunggu next entry tauu.. ♥ So, Nadia just nak share 2 movie yang Nadia buat Nadia terasa gila nak menonton filem-filem ni walaupun agak keanak-anakan.. yang penting ia mampu buat Nadia tersenyum..
 

Seminggu sebelum tarikh penting dalam hidup Nadia.. Filem PIXEL jadi pilihan.. Best.. Nadia bagi 5 bintang.. kelakar.. back to the past.. game zaman kanak-kanak dulu.. hehehe.. PACMAN dan DONKEY KONG..


PACMAN
DONKEY KONG
DONKEY KONG
 Memang best kot game-game ni.. so.. berbalik pada satori Nadia.. Weekend yang lepas Nadia luangkan masa dengan kakak kesayangan Nadia untuk menonton wayang Filem PIXEL ni.. best.. filem ni berdasarkan game Pacman dan Donkey Kong.. 


taktau nak cerita synopsis cerita ni camna, Cuma boleh bagi TMO Video PIXEL film ni jea.. kalau korang belum tengok.. boleh lagi ni tengok kat pawagam berdekatan okeh.. tak rugi punya..


punya..Masih sempat lagi korang nak menonton filem ni.. kalau taksuka tengok wayang, koang boleh laa... tunggu DVD keluar eh..  J

*****************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
Nadia Reza ♥♥

D.I.Y Mini Pizza Awesome

10:04 PM 0 Comments
Assalamualaikum u olls...

Lamanya tak update rasa.. al-maklum la..mood kelaut.. penat dan stress dengan keje yang tahap gaban menggunung.. So.. disebabkan Nadia nak menghilangkan stress, Nadia suka sangat bagi orang makan hasi tangan Nadia. Balik je keje, tengok peti dulu.. apa yang ada masak je.. janji kita masak tu ikhlas dan penuh kasih sayang.. mesti ramai yang akan makan kita masak.

So, kali ni Nadia nak share resipi ringkas dan paling penting sedappp… puas hati makan kalau keluar modal banyak sekalipun.. Tapi resipi Nadia share kalini.. takde la keluar banyak modal pun.. barang-barang yang sememangnya ada dalam peti dan di rumah. Jom.. jenguk resipi “Mini pizza awesome”..

Resipi Pizza Simple
“Mini pizza awesome”

Bahan-Bahan

♥ Roti gardenia
♥ mayonis
♥ sos cili
♥ serbuk lada sulah / lada hitam
♥ bawang besar/holand - dihiris nipis & memanjang
♥ lada benggala - dihiris nipis & memanjang
♥ sosej - dihiris nipis 
♥ filamen ketam - dihiris nipis
♥ mozzarella (tapi Nadia guna cheese slice yang biasa tu je)


CARA-CARANYA

Sos cili dan mayonis dicampur sekali..kacau sehingga sebati. Kemudian sapukan pada roti gardenia tu.. Sapu rata okeh.. pastu isikan filamen ketam & sosej. taburkan sedikit serbuk lada sulah @ lada hitam ikut kepedasan yang korang suka eh.. pastu letakkan slice cheese dan taburkan bawang dan lada benggala.. BAKAR selama 10-15minit pada suhu 190°C.. tadaaaa...dah siap piza siap simple macam Nadia buat tu... J SELAMAT MENCUBA...

*****************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
Nadia Reza ♥♥

Monday, August 17, 2015

Keje sampai tutup mata pun takkan habis..

4:21 PM 0 Comments
Assalamualaikum u olls...

Kalau tengok timbunan kertas kat opis ni.. sampai bila pun tak habis. Kalau habis, tu pun ada dua sebab... Satu resign, ni short term dalam keje.. tu pun kalau rasa nak cepat habis keje kat tempat lama.. long term punya "tutup mata" ((hehehhe.. faham-faham sendiri la yek..))

 
Mood Monday bluess... mood keje memang kelaut.. tambah kalau keje semuanya dalam stress.. hmmm... tension.. hanya Allah yang tau.. Nak story panjang-panjang pun takde mood.. bye u olls..

Lovelifesomebody"hambaAllah"
♥♥ Nadia Reza ♥♥

Saturday, August 15, 2015

Delicia Hazelnut Chocolate Spread Paling Ummmphhhh...!!

9:48 PM 9 Comments
Assalamualaikum Reader..


Nadia peminat setia coklat.. kalau dapat coklat yang ada hazelnut.. memang ohsemmmm...! mau berbakul-bakul Nadia habiskan.. peberet kottt.. Rabu lepas g Tunas Manja Bukit Pelindung.. kononnya Nadia nak beli barang untuk masak breakfast nak bawak ke opis.. last-last lain yang jadi.. heheheh..

Roti wholemeal +  hazelnut chocolate spread Gardenia
Masa nak amik roti.. Nadia ternampak Hazelnut Spread by Gardenia.. oooohhhh...!! terus fall in love dengan hazelnut spread ni.. selalu Nadia akan beli Nutella Spread.  tapi tengok hazelnut ni.. terus hati tangkap lelehhh.. air liur pun meleleh sama... ^_^ ..

hazelnut chocolate spread Gardenia
 hazelnut chocolate spread Gardenia
Nadia bawak hazelnut spread ni ke opis.. anytime lapar..sapu je.. Nadia jenis cepat lapar dan tak boleh biaq kan perut kosong.. cepat je gastrik menyerang.. memang berhari kalau nak lega T_T kekadang sampai lima-enam kali pi klinik pun tak lega jugak.

Best hazelnut spread ni.. tak terlalu kering.. cair pekat camtu.. best.. sapu satu sudu kecik.. penuh sekeping roti. Nadia suka makan roti wholemeal.. memang best digandingkan dengan hazelnut spread Gardenia ni.. Nadia rasa hazelnut spread ni.. baru lagi kat pasaran.. 

so..korang wajib mencuba.. cepattt.. full rekemen dari Nadia.. 100% tiptop.. pasni kurang laaa Nutella.. konfirm cari Hazelnut Spread by Gardenia lagi...harga pun not bad.. hanya RM8.90 je... murah lagi kan...

Kandungan hazelnut chocolate spread Gardenia
Kandungan hazelnut spread Gardenia
 *****************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
Nadia Reza ♥♥

Al Kisah Raya tak Jadi..

8:09 AM 5 Comments
Assalamualaikum u olls..

Cerita weekend.. huhu.. tapi baru harini Nadia sempat nak hupdate.. Raya kan sebulan.. al-kisahnya.. weekend lepas.. kononnya nak g beraya rumah besan-besan abah Kuantan Nadia.. Huntung abah Kuantan sebab besan-besan dari satu kampong yang sama.. So, kalau korang nak mak ayah senang.. cari orang dekat-dekat eh.. hehehe..

huhu… bila sampai je rumah besan-besan abah, kebetulan diorang takde kat rumah.. Disebabkan penat bagi salam, takde menjawabnya.. mula la Nadia sibuk nak ber-selfie.. Bosan menunggu orang punya pasal.. selfie banyak-banyak.. heheh.. kita bukan lawa pun.. just suka selphie macam orang-orang sekarang.. Raya tak merasa kuih raya pun.. makan angin je lebih.. hhehehe..

hhehehe..daku yang semakin chubby ^_^
kali ni.. berjubah moden la kita.. Nadia terasa selesa sangat bila wearing Jubah.. terasa kelonggaran pada tubuh dan takde la mennunjuk sangat badan ku yang makin chubby tu.. hehehe.. dan paling Nadia suka bila imej ala-ala wanita muslimah.. ^_^ Alhamdulillah..semoga dapat kekalkan imej macam ni selamanya.. Aaminn... Jubah dress moden ni Nadia beli dari Claseekha. boleh jenjalan IG Claseekha ni.. tengok banyak laagi jubah dress yang cantik-cantik.. Nadia akan grab lagi.. In sha Allah.
tetap tersenyum walaupun hati T_T
kakak kesayangann hati hamba ^_^
 Kakak Nadia ni bukan jenis yang suka pakai jubah @ dress. Masa jenjalan kat Mood Republic Kuantan 30-31 Mei 2015 yang lepas.. dia terjatuh cinta dengan jubah dress cotton English dari JJangoks ni.. Nadia pun suka.. tapi kehabisan size.. huhu.. T_T .. In Sha Allah, next Nadia pulak hehehe.. Instant Shawl tu dari Cloverush. Instant Shawl warna Horizontal Blue + Jubah Dress English Cotton baby blue with small flower pink.. memang konbinasi yang comel untuk kakak Nadia yang kecik molek nii..

kakak dan abah "Kuantan" ^_^
kalau dah senyum. ^_^
kalau u olls tertanya-tanya tentang tudung yang Nadia dan kakak pakai ni.. meh sini Nadia cerita.. Kitorang grab tudung ni dari Cloverush . Nadia suka pakai Instant Shawl.. tapi disebabkan muka Nadia chubby.. Nadia kena la cari Instant Shawl yang ada awning dan bila pakai.. konfirm takkan melekat kat muka. Kakak Nadia lagi la.. sememangnya payah nak pakai shawl sebab takut muka tak sesuai dan tak pandai nak pakai shawl.. tapi bila dah jumpa Hannah Instant Shawl Cloverush ni... suka pulak dia pakai.. dan ni la kali pertama dia pakai shawl.. yang paling penting... comel jea bila pakai Hannah Instant Shawl ni.. Koarng boleh ler jenjalan kat website Cloverush dan Instagram Cloverush. Confirm memang puas hati.

kakak peace yoooo.. No wang ^_*
nak jadi model tak kesampaian T_T
uhuhu… penat raya punya pasal.. hahahha..penat la sangat... sebenarnya frust sebab g raya takde orang, so Nadia ajak kakak Nadia, Kak Lieza Mustafa beraya kat dalam mall Kuantan Parade. Penat pusing Kuantan Parade, Nadia beli sebotol perfumes yang tak berapa nak mahal tapi yang penting wangi tueee..... Kalau tak wangi takdenya nak beli eh.. Perfume dari Silky Girl.. Nadia suka sangat bau perfume ni.. bau dia memang tahan sampai ke malam.. dan paling penting.. perfume ni dalam golongan perfume budget dan mampu milik. Nadia takde la suka pakai wangian yang terlalu kuat bau sampai dapat menarik orang untuk dekat dengan kita. Ala kadar sudah..

 

ni laaa.. kisah raya tak jadi Nadia.. Apa-apa pun Nadia nak buat wish dulu sempena last syawal.. Selamat hari raya to all bloggers and readers my blogger. Semoga hari terakhir dalam syawal ni dapat beri 1001 makna untuk korang dan orang tersayang... Entry Nadia belum habis lagi tau.. nanti kita sambung lagi okeh..!


 *****************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
Nadia Reza ♥♥

Saturday, August 08, 2015

Puding Roti Karamel Awesome..!!

9:06 PM 9 Comments
Assalamualaikum Readers.. ♥♥

Hakibat kebosanan tahap gaban every weekend.. So..terhasil la.. makanan yang tak seberapa teroooorrrrr chef-chef master.. Ni je yang mampu buat.. simple dan paling senang buat orang yang mula belajar masak macam saya ^_^
Kalau ada yang nak merasa.. meh la umah.. dekat bumi kuantan jek..

Best giler makan time pudding ni betul-betul sejuk.. rasa sejuk je kat tekak.. makan pulak time-time panas.. memang menjilat jari lahhhhh….


Puding Roti Karamel

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - pukul dan di tapis
1 cawan air suam

1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang . Masak dengan api kecil ea.

Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, hati-hati kerana gula mudah meruap. kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Resepi Sheila Rusly <ketuk-ketuk Ramadhan>

Ketepikan.Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam).

Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.


 *****************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
Nadia Reza ♥♥

Friday, August 07, 2015

fall in love...Kun Anta

9:33 PM 3 Comments
Assalamualaikum Readers ©©

syyyyhhh..!! jangan cakap kat sapa-sapa tau.. Nadia kan.. terjatuh cinta dengan nyanyian Humood Al-Khudher.. aish.. dah la hensem.. sedap lak tu suaranya.. huntung la.. 


Nah.. Nadia payung lagu yang paling Nadia suka.. waaaa... fall in love©©©© dengan lagu ni.. Kun Anta (Jadilah diri sendiri)



Rumi Translation

Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
Fabadautu syakhsan aakhar, kai atafaa khar

Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir

La la
La nahtajul ma la
Kai nazdada jama la
Jauharna huna
Fi qalbi talala

La la
Nurdhin nasi bima la
Nardhohu la na ha la
Za ka jamaluna
Yasmu yataa’la

Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...

Kun anta tazdada jamala

Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...

Kun anta tazdada jamala

La la la la la la la la
Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi ni

Sa akunu ana, mithli tamaman hazana
Fakona a’ti takfini, za ka yaqi ni

La la
La nahtajul ma la
Kai nazdada jama la
Jauharna huna
Fi qalbi talala

La la
Nurdhin nasi bima-la
Nardhohu la na ha-la
Za-ka jamaluna
Yasmu yataa’la

Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...

Kun anta tazdada jamala

Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...

Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liridhohum
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum

Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liridhohum
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum

La la
La nahtajul ma la
Kai nazdada jama la
Jauharna huna
Fi qalbi talala

La la
Nurdhin nasi bima-la
Nardhohu la na ha-la
Za-ka jamaluna
Yasmu yataa’la

Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...

Kun anta tazdada jamala

Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...
Oh wo oh... Oh wo oooh...

Kun anta tazdada jamala
  

Be yourself and you will increase in beauty

Shared by: maizatulnadia.blogspot.com
.: Please take out with FULL CREDIT. Thanks :. 

Mood : Blogwalking

7:15 PM 0 Comments
Assalamualaikum Readers ©©

Salam Jumaat semua.. Korang.. Nadia nak bagi tau ni.. Nadia tengah dalam mood "Honeymoon With Blog" so.. mood nak blogwalking tu rajin sesangat.. Hehehe.. dua hari kan Off keje.. so.. dari duduk rumah takde menda nak buat.. baik Nadia rajinkan diri untuk blogwalking blog kenkawan sambil menabung weekend ni.. 

So, siapa nak Nadia blogwalking blog.. left comment k.. Insya-Allah Nadia singgah sambil tambah akaun NuffNang korang okeh.. 

Kali ni Nadia blogwalking untuk tambah followers je dulu yek.. Insya-Allah..akan datang Nadia try untuk cari hadiah-hadiah menarik.. Mana tau kot-kot lepas segmen ni.. ramai yang datang dan ada rezeki untuk bantu blog kengkawan maya Nadia.. So, Nadia harap sesangat korang support blogwalking Nadia.. 

Salam Perkenalan kengkawan alam maya.. ^_* Love u olls.. 

*****************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
Nadia Reza ♥♥

Salam Takziah MH370

6:28 PM 0 Comments
Assalamualaikum, Salam Takziah buat MH370..

Al-Fatihah.. Sesungguh.. daripada Allah kita dating dan kepada Allah kita pulang. Salam takziah dari Nadia dan keluarga buat semua keluarga mangsa MH370.


Kematian adalah sebuah ketetapan. Jika telah datang waktunya, tak satu pun makhluk yang mampu menangguhkannya. Sudahkah kita mempersiapkan diri untuk menyambutnya?

 “Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan. Kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah serta menumbuhkan berbagai macam tumbuhan yang indah. Yang demikian itu, karena sesungguhnya Allah, Dialah yang haq dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan segala yang mati dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahwasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur.” (Al-Hajj: 5-7)

Semua ini menunjukkan bahwa kehidupan dunia adalah kehidupan yang fana. Tidak ada yang kekal di dalamnya.




 **********♥♥Lovelifesomebody"hambaAllah"Nadia Reza ♥♥**********