♥ ♥ Tabung Vacation ♥ ♥



Tuesday, February 07, 2017

Tips ringkas & Check List Bertunang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
 Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Alhamdulillah.. ada lagi kesempatan nak buat entry pertama dalam bulan Februari 2017 ni.. hahaha ok kali nie nadia nak update check list persiapan tunang ala-ala budget.. hehehe. OK  nadia nak share detail tentang persiapan tunang so senang la bagi bakal2 tunangan orang yang nak buat rujukan nanti haaa dah x yah pening2 dok pikir...

ok xmau nak mengomel panjang so moh la kita proceed ea kengkawan semua.. ^_^

1. Tarikh, Hari dan Masa
haaaa no 1 nie la yang paling penting sekali kengkawan ku sekalian sebabnya kalau dah tau nak bertunang kene la da tarikh, hari dan masa. Kalau xda 3 benda penting nie macam ne korang nak bertunang kan.. ok Tarikh, hari dan masa yang korang nak pilih nanti kene la make sure semua orang ada dan dipersutujui oleh kedua2 belah pihak ea sbb time tunang nie parents dan ahli keluarga untuk kedua2 belah pihak la yang paling penting sebab dieorang yang nak datang berbincang nanti. So bila dah ada tarikh masa dan hari yang sesuai kita proceed ke next step. Jangan nak tetapkan last minit yea.. kang habis semua kelam kelibut. dan satu lagi make sure korang dapat bercuti kalau jarak antara famili korang jauh..

Untuk Majlis pertunangan nadia, kami dah bersetuju untuk buat pada tarikh 28.01.2017 di Penang (kampung halaman Nadia, umah mak abah nadia) dan waktunya adalah selepas Solat Asar. Tarikh nie dipilih bukan sebab nombor die nampak cantik ea atau sempena besday or bla..bla..hehehe tarikh nie dipilih sebab waktu nie je semua ahli keluarga dapat berkumpul terutamanya yang jauh di perantauan dan kekangan cuti tahunan nadia.


Tips ringkas & Check List Bertunang
Nadia prefer untuk catatkan supaya nadia tau flow duit yang keluar.. 
2. Tempat Majlis
Lepas kita dah da tarikh hari dan masa kita kene la decide tempat dan time tunang nie kita memang buat kat rumah pihak perempuan ea ( bagi yang dah tahu jangan la marah ea just nak inform pada yang lain =) ) Dan ada juga sesetengah orang prefer untuk buat di dewan atau balai raya dekat dengan rumah.

3. Tema Tunang.
Tema tunang nie merujuk pada warna pakaian kita nanti sebab nanti senang nak matching dengan pelamin ke, hantaran ke atau ada famili yang nak sedondon berpakaian nanti. hehehe untuk majlis nadia, nadia ambik tema baby blue.. hehehe untuk nadia dan Encik Tunang kami pakai warna tak sama tau... Nadia baby blue encik tunang warna putih.. Nadia takde tau mini pelamin. So, tema baju nadia takde kena mengena dengan pelamin tunang yerrr..

4.  Hantaran 
Bila dah ada tarikh, hari, masa dan tempat jadi boleh la korang pikir tentang hantaran pulak. selalunya untuk hantaran pertunangan xda la banyak sangat dalam 3 balas 5, 5 balas 7, atau paling banyak 7 balas 9. Kebiasaannya hantaran untuk tunang nie kita banyak kan manisan sebab sebenarnya hantaran nie lebih kepada nak bagi kat ahli keluarga ea la sebab penat dieorang datang tolong kita kan. apa salahnya dikongsi apa yang ada dengan dieorang.. hehehe. selalunya kalau pihak perempuan bagi 5 pihak laki bagi 3. selalu orang bagi ikot nombor ganjil dan pihak perempuan akan bagi lebih dari pihak laki ea. tapi jangan ditanya sebab kenapa nadia pun x tahu hehehe..

ok untuk list Hantaran nadia dan Encik tunang boleh tengok kat bawah ni ea. :-

Hantaran Pihak Perempuan untuk pihak lelaki :-


1) Towel tunang
2) Gula Garam (digubah buat buah labu)
3) Sumi Jelly 
4) Cake
5) Buah- Buahan
6) Coklat Ferrero Rocher
7)Sireh Junjung

Hantaran Pihak Lelaki untuk pihak perempuan :-

1) Cincin Bertunang
2) Kain Pasang
3) Coklat Ferrero Rocher
4) Buah- Buahan
5) Sireh Junjung

5. Baju Bertunang
Baju bertunang sebenarnya kalau nak lagi jimat better korang beli baju yang siap sebab kalau tempah sebenarnya lagi mahal dari beli baju siap. Sebabnya harga kain jer dah lebih dari RM50 tu x termasuk upah menjahit lagi especially denagan ekonomi sekarang ni.. dan lagi la menangis nak cari tukang jahit yang murah. Tapi bagi yang mampu dan punya citarasa yang lain dari yang lain boleh je tempah dan buat baju ikut design korang.

Nadia beli jer baju siap kat online butik. Sekarang nie da banyak kedai2 online yang jual baju siap yang cantik2. yang simple ada yang cantik2 ala merelip2 pun ada.. harga pun bersesuaian la untuk yang nak budget. Nadia beli jubah dress siap dengan shawl hanya berga RM180 dan untuk Encik Tunang pun takde pun nak beli baju kemeja baru. Katanya tak berkenan.. hehehe.. senang hidup i.. tapi kalau nak Encik tunang ber-Baju Melayu pun boleh. Ikut citarasa masing-masing.

6. Tudung dan Veil.
Untuk tudung nadia beli siap dengan pakej baju jer. hehehe nadia tambah dalam pakej baju RM30. So, tak payah pening-pening nak match dengan baju dah.. Veil pulak nadia sewa kat butik pengantin tapi tup-tup.. owner butik taknak pun amik duit.. jiran kampung katanya.. syukur alhamdulillah.. rezeki.. Tapi kalau korang ada budget dan nak buat veil sendiri pun boleh. Nadia pikir takde yang akan guna dah lepas ni, baik sewa je.. berbaloi dengan harga sewa.

7. Mini Pelamin  

Nadia tak buat mini pelamin. Just sarung cincin kat ruang tamu macam tu je.. Kata pun tunang ala-ala budget. So, nadia tak rasa mini pelamin adalah wajib dalam majlis nadia ni. Sekadar nak duduk sekejap sarung cincin je pun.. nanti nikah baru kita pikir bab-bab pelamin ni okeh.. 

8. Make Up 
Service make up pun nadia mintak sepupu yang mekapkan.. Berapa bayaran mekap? Selalunya kalau sepupu kita boleh la bagi ikut keikhlasan kita.. bergantung pada budget korang yep..

9. Photographer
Photographer pun nadia tak amik. Just guna camera smartphone dan combined gambar dari smartphone sedara mara je.. tak perlu membazir untuk hire personal photographer untuk tunang.


10. Doorgift.
Masa tunang nie doorgift xda la penting sangat. it depends nak bagi pun boleh xnak bagi pun boleh. 

11. Hand Bouquet 

Ni pun terpulang pada korang. Nadia takde pun buat. Sewa pun tak.. Nadia pun kerja lagi petang sehari sebelum majlis berlansung. Balik kerja baru rushing nak balik Penang. So, memang takde la nak pikir ke hand bouquet. Tunggu nikah nanti yea semua ni..

12. Hidangan Makanan
Makanan nie pun penting sangat sebab ea la orang dah penat2 datang dan habis air liur berbincang untuk kita so mestila kita kene jamu dieorang makan dan minum yang sedap2 sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga kita pada dieorang.. Kebetulan, masa ni atuk dan abah nadia sibuk nak buat tahlil, So, nadia dapat jimat untuk buat kenduri. Budget ni, mak abah yang keluarkan.. rezeki.. rezeki.. 

13.Khemah dan Kerusi 
Untuk khemah dan kerusi mak abah amik satu khemah je, dan satu lagi khemah surau kampung yang diwakafkan buat kegunaan orang kampung.. sebab dah buat tahlil kan. Mesti jemputannya diluar jangkaan walaupun sekadar orang kampung je datang. Tapi sebab rumah ku syurga kecil comel molek, so.. terpaksa la ada khemah jugak.

14.Waki jurucakap untuk pihak lelaki dan perempuan.
Kebiasaanya jurucakap nie selalunya bukan ayah kita tapi orang lain yang tolong wakilkan.. Kita kene decide sape yang nak jadi jurucakap sebab nanti kita kene gitahu die apa yang dieorang nak bincangkan macam mengenai majlis nikah, hantaran, mas kahwin dan lain2 lagi tentnag hari nikah dan sanding nanti. so untuk pihak perempuan abah minta jiran kampung yang wakilkan sebab die dah biasa jadi jurucakap nie.


15. Jumlah Pihak Lelaki yang nak datang
Ha korang jangan lupa tanya jumlah ahli keluarga pihak lelaki berapa orang yang akan datang.. bukan apa takut makanan yang disediakan nanti x mencukupi.. orang kata biar lebih jangan kurang..

16. Homestay untuk keluarga Pihak Lelaki
Untuk gegirl yang Encik tunang nya duk jauh kene la cari homestay ea.. kalau tak dieorang nak tido mana.. cian dieorang.. Untuk nadia.. Encik tunang datang dari Kuantan ke Penang makan masa dalam 10-12 jam jugak time musim perayaan ni.. so keluarga encik tunang decide bermalam 3 hari 2 malam sambil menyelam minum air katanya.

Anggaran perbelanjaan yang nadia dan keluarga keluarkan untuk majlis Pertunangn nadia adalah dalam RM2500. tapi korang boleh kurangkan lagi kos tu sebenarnya,

Nadia harap tips2 dan checklist nie dapat la membantu korang nanti dan harap2 entry nie dapatla bagi sikit gambaran untuk korang tentang persiapan korang nanti.. Bagi yang bakal menjadi tunangan orang Tahniah nadia ucapkan dan semoga semua nya berjalan lancar ea.. Amin..



Hanya Insan biasa yang Lemah..!! Love u olls.. (^_*)

**********************************************
LoveSomebodyHambaAllah 

©©DyaNadiaReza©©

Post a Comment