Wednesday, January 25, 2017

Resipi simple : CHOC CHIP COOKIES


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
 Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Hari ni mood rajin lagi.. kali ni Nadia sharing buat biskut pemes ames. Bagi pengemar pengila biskut, cookies pemes amos, korang boleh ler try buat biskut ni.. memang berbaloi.. jimat sangat.. dan paling penting dapat berbalang tipuware lagi tau.. modal pun tak samapi RM30.. boleh makan sampai muak.. hehehehe.. (^_^) confirm tak boleh stop bila dah makan😄

Image may contain: food
Hasil meng-cookies

CHOC CHIP COOKIES..
BAHAN A
© 1cwn butter
© 1cwn gula perang
© 1cwn minyak masak
© 1/2 cwn gula halus
© 1sdb susu cair/susu segar - (nadia guna susu full cream 2sdb)
© 1 biji telur (nadia tak letak pun)
© 1sdk esen vanilla
© Secubit garam

BAHAN B 
© 4 @ 5 cwn tepung gandum (nadia ikut kelembutan doh)
© 1sdk cream of tartar
© 1sdk baking powder
© 1sdk berkarbonat soda
© 2cwn choc chip @ (boleh guna 1cwn choc chip+1cwn choc rice)
© 1cwn kekacang xkira jenis apa pun (nadia guna almond cincang)
Cara-Caranya :
© Pukul bahan A hingga sebati..jangan pukul lama..
© Dlm 1minit je..
© Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja..
© Akhir sekali masukkan choc chip dan kacang..
© Adunan agak lembik tambahkan tepung sikit jangan terlalu banyak yea..
© jarakkan sedikit semasa susun adunan..bakar suhu 170c 20minit


Pastu korang sudu-sudu kan masuk dalam dulang pembakar macam nadia buat kat bawah ni.. Hehehe.. kalau rajin.. boleh ler korang bentukkan.. nadia malas.. so..sudukan.. baru nampak 100% pemes amos cookies.. 

Susun cantik-cantik dalam dulang pembakar

Ready to ngappp...!

Bila siap cookies tu masak.. tunggu sejuk sikit.. korang rasa ler.. perghhh memang ranggup.. memang sedap.. dan nadia dah buat cookies ni kali ketiga dah... memang tersangat jatuh cinta... makan pulak time sambil-sambil tengok TV.. memang ralit tak sedar boleh habis separuh bekas tipuware..  Selamat mencuba.. (^_*)

Hanya Insan biasa yang Lemah..!! Love u olls.. (^_*)

**********************************************
LoveSomebodyHambaAllah 

©©DyaNadiaReza©©

No comments: