Monday, July 29, 2019

Welcome back dunia blogging 2k19. Frasa Ber-famili.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
 Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Dah lama kakak rasa kakak tak hupdate story. Banyak sebenar cerita yang ter-skip nak dikongsikan tapi.. Allah je yang tau keadaan kakak ketika itu. hahaha.. ayat bunyi pasrah.. tapi yela.. mana-mana hidup kita pun memang sentiasa diduga dan tak pernah lari pun dari dugaan Dia. Hanya diri kita yang kena banyak main peranan samada nak give up atau terus melangkah. 

 Al-kisahnya kakak dah pun selamat jadi isteri orang pada 13.10.2017. Dah dekat dua tahun pun berlalu. Alhamdulillah.. hampir sebulan lebih kakak bergelar isteri kakak dikurniakan satu berita gembira. Alhamdulillah, memang setiap pasangan suami isteri menanti berita paling happy bila bakal hadirnya orang ketiga dalam rumah tangga kami... tapi bukan madu kakak okeh (>_<)

Alam rumah tangga memang tersangat mencabar. Siapa cakap indah..? Kalau ada kawan yang cakap, rugi kawin lambat.. sila abaikan kata-kata indah kengkawan korang tu.. bagi hakak.. nak kawin memang kena bersedia dari semua segi. Bukan kita je yang kena bersedia, pasangan kita pun sama. Bagi hakak, diawal alam rumah tangga adalah frasa paling mencabar buat hakak. Mana dengan belajar suai diri dengan pasangan, famili pasangan kita dan banyak lagi la benda. Hakak dan encik suami, kenal dalam "instagram" dan kami hanya berkawan selama dua bulan, terus buat ikatan pertunangan. Bertunang dalam tempoh tak sampai setahun, kami diikat dengan ikatan pernikahan.

Sekarang, hakak dah percaya. Alam rumah tangga memang sentiasa ada ujian. Selama ni hakak selalu scroll ig,fb nampak je gambar frasa ujian rumah tangga. Kali ni bila hakak dah lalui, memang tersangat menduga. Semoga hakak kuat iman untuk tempuh segala dugaan mendatang.

Image result for alam perkahwinan mencabar

Banyak lagi cerita nak hakak share dengan korang. Insya Allah, doakan hakak untuk lebih rajin lagi menaip okeh..!! hakak rindu nak luah segalanya dekat dunia maya hakak. tapi apa kan daya hakak. Masa kuat sangat jeles dengan hakak. Jumpa next entry okeh..!!

Semoga ada rezeki untuk berkongsi cerita lagi.. Jumpa next entry.. 

Hanya Insan biasa yang Lemah..!! Love u olls.. (^_*)

*******************************************************

LoveSomebodyHambaAllah 

©©DyaNadiaReza©©


1 comment:

Sayidah Napisah said...

perghhh ada masa jeles kat dia yeee. tak boleh nak babab pula kan hahahaha.

stay strong kakak ;)