♥ ♥ Tabung Vacation ♥ ♥

Tuesday, October 06, 2015

Move On atau Setia..?

Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Lamanya tak bersiaran.. hehehe.. rasa macam "pelakon" la pulak.. hmm.. sebenarnya.. jiwa kacau.. sebab tu tak berapa nak hupdate sangat entry.. sampai sakit-sakit la.. jiwa ni kacau.. Nadia insan biasa.. hati kekadang diduga. Tak selama kita akan rasa bahagia.. adakalanya kita akan rasa sedih, duka lara dan macam-macam lagi. Yang pasti rasa itu datang dari Allah dan ianya adalah satu bentuk ujian untuk kita semakin kuat menempuh hari-hari mendatang. Yang pasti.. BERSABAR la.. wahai hati...
move on atau setia
Jangan pandang masa yang lepas, tapi curilah masa hadapan.. 
Tahap kesabaran kita memang ada batasnya, tapi adakalanya ia akan meletus jugak seperti gunung berapi meletup.. Siapa pernah tengok, dia akan tau macamana... Kenapa Nadia cakap gunung berapi.. sebab Nadia umpamakan kesabaran Nadia ibarat gunung berapi.. hehehehe.. Sabar itu separuh daripada iman.. Memang betul sabar itu separuh daripada iman, salah satu dugaan hidup. Sesudah kesusahan pasti ada kesenangannya..
move on atau setia?
Apa yang terjadi dalam diri Nadia sekarang tiada kaitan pun dengan sesiapa.. cuma Nadia rasa.. tiba masa kena move on dan "terbang" mencari zone selamat untuk Nadia. Takkan selama Nadia akan berada disini untuk memuaskan hati orang lain sedangkan Nadia sendiri suffer dan tak mampu untuk "bagi lebih keselesaan" pada diri Nadia sendiri.

Jalan yang terbaik untuk dapat penyelesaian "move on atau setia" adalah isthikarah... ni yang sebaiknya. dari sini hanya Allah saja dapat membantu Nadia. Tapi kalau perasaan Nadia banyak kearah nak fulltime Shaklee dari kerja makan gaji sekarang. Memang nampak agak susah untu survive Shaklee, tapi Nadia yakin dengan Allah.. sebab bila kita berbisnes, Allah adalah CEO kita. So, kita akan lebih meminta dari Allah, dari membodek dari Allah. Kalau makan gaji, hati boss yang di banyak utamakan. Masa untuk meminta dengan Allah pun tersangat limited.. Betul ke tidak.. tepuk dada tanya selera.

So, nak tau Nadia move on atau tidak.. tunggu November ni.. Insya-Allah Nadia akan cerita lagi okeh.. Love Allah, Allah will be love back and give everything what we want..

****************************************************************
LovesomebodyHambaAllah
©©Nadia Reza©©
Post a Comment