♥ ♥ Tabung Vacation ♥ ♥

Monday, August 05, 2019

Drama Utusan Cinta Buat Adam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
 Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Alhamdulillah, ada lagi pun peluang meringankan jari menaip. Sejak-sejak Nadia ada "handbag" abadi ni, masa memang tersangat limit. Nadk buat apa pun memang berkejar. Masa jeles ni dengan mama Qhadeeja.. Eh..siapa Qhadeeja..? Haaa.. Qhadeeja la ''handbag'' abadi hakak. Nanti hakak buat post untuk kenalkan Qhadeeja dengan kengkawan maya hakak k. 

Back to our hot topic.. "drama utusan cinta buat Adam". Hakak bagi 5star untuk drama ni. Kenapa 5star? Sebab hakak rasa drama ni adalah kehidupan sebenar rumah tangga. Bukan nak kata drama lain tak best, tapi bagi hakak, drama ni betul betul perjalanan hidup kita yang sebenar. Lakonan memang menjadi sangat-sangat. 

Image result for utusan cinta buat adam

Memang sangat menjadi lakonan tiga artis. Kombinasi yang sangat hebat. Mengedik sungguh Sharifah Sakinah punya lakonan. Ayu sangat lakonan Puteri Aisyah dan macho sungguh Kamal Adli. Hakak takde la tengok dari episod pertama dan pernah jugak ter-miss episod drama ni. Tapi memang akhir-akhir memang hakak kusyuk sangat tengok. Memang best.

Drama ni memang betul-betul ada kisah realiti sebenar alam rumah tangga yang penuh dengan cabaran, dugaan dan suka duga adat berumah tangga. Rasanya minggu ni minggu last drama ni. Kalau ada yang belum tengok dan nak tengok online, korang boleh cuba tengok dalam
  youtube tv3 (Utusan Cinta Buat Adam)
kepalabergetar.asia (Utusan Cinta Buat Adam)
tonton

Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari drama ni. Yang baik jadikan pengajaran dan yang jahat jadikan sempadan. Semoga Allah melindungi rumah tangga kita semua. Rumah tangga hakak baru setahun jagung. Banyak lagi liku bakal kena tempuh.

Semoga ada rezeki untuk berkongsi cerita lagi.. Jumpa next entry.. 

Hanya Insan biasa yang Lemah..!! Love u olls.. (^_*)

*******************************************************

LoveSomebodyHambaAllah 

©©DyaNadiaReza©©

No comments: