Thursday, December 25, 2014

Drama TV3 : Isthikarah Cinta

Assalamualaikum & Salam sayang.

Fall in love again…. ©©©©© Fall in love again… habis je Rindu Awak 200%.. kali ni penangan drama Isthikarah Cinta pulak.. hai abang sado yang hensem… kenapa la best sangat lakonan kamu.. memang terjatuh cinta la.. hari-hari sanggup daku tunggu Istikarah Cinta.. Hmmm.. tapi yang tak bestnya.. drama isthikarah cinta ni ditayangkan waktu maghrib.. tapi takpe.. still boleh repeat tengok kat tonton, daily motion atau mana web/blog yang ada drama ni.. Meh Nadia kongsikan sedikit synopsis drama ni..


Sinopsis Istikharah Cinta Drama TV3 Slot Akasia
Istikharah Cinta mengisahkan sebuah perkahwinan yang diuji oleh jarak dan masa, yang mana berakhir dengan perceraian. Airil (Zul Ariffin) dan Aiza (Nonny Nadhirah) bercerai hanya selepas setahun berkahwin dengan alasan tak sehaluan. Punca sebenar perceraian itu kerana Aiza tidak tahan dengan kesibukan Airil. Walaupun sedih, Airil akur dengan keputusan isterinya.

Walaupun belum habis tempoh edah, Aiza kelihatan berpeleseran dengan kekasih hatinya. Situasi itu mengundang gosip di kalangan rakan sekerja Airil. Alisya (Lia Natalia) dan Taufiq (Azizul Ammar) rakan sekerja Airil, sentiasa memberi sokongan buat dirinya.

Selepas sahaja habis tempoh edah, Aiza berkahwin dengan seorang doktor iaitu Dr. Rizal (Nizen Ayob). Hasil perkahwinan itu, Aiza dan suaminya dikurniakan seorang anak. Walaupun telah 4 tahun berlalu, Aiza sering sahaja membandingkan kebaikan hati bekas suaminya dengan Dr. Rizal. Baginya, kesibukan Dr. Rizal di hospital menyebabkan dirinya rasa terabai oleh suaminya. Keadaan itu mencetuskan rasa marah di hati Dr. Rizal.

Airil semakin sibuk dengan kerjayanya. Suatu hari, ketika Airil menikmati hidangan makanan tengah hari. Dia terkejut dengan kehadiran seorang gadis yang tiba-tiba duduk semeja dengannya. Mulutnya yang asyik mengomel membuatkan Airil terhibur dengan keletahnya.

Memandangkan restoren itu berada berdekatan rumahnya, Dina (Faye Kusairi) sering menjamu hidangan di situ. Namun, waktu puncak telah menyebabkan tiada tempat duduk untuknya di restoren itu. Dina tidak patah semangat, matanya meliar mencari kerusi kosong. Sah! Memang ada kerusi kosong untuknya bersantap di situ!

Kehadirannya mengejutkan seorang jejaka kacak di hadapannya. Kenal tidak, persila duduk di situ pun tidak. Dina memang muka tebal. Tanpa mengenali jejaka itu, mulutnya rancak mengomel. Siapa sangka jejaka itu bakal menjadi insan istimewa di hatinya! Takdir Airil dan Dina dipertemukan di restoren itu. Saksikan adegan mencuit perasaan, pertembungan antara Airil dan Dina. Kisah percintaan romantis menerui drama TV3 Istikharah Cinta.

Pelakon Istikharah Cinta
Zul Ariffin – Airil
Faye Kusairi – Dina
Nonny Nadhirah – Aiza
Lia Natalia – Alisya
Syazwan Zulkifli – Hanafis
Nizen Ayob – Dr. Rizal

Azizul Ammar – Taufiq

1 comment:

Hasif said...

Singgah sini

https://www.bajusweetmuslimah.tk/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html


https://www.blogahbar.tk/p/perancangan-kewangan.html

https://www.lenovomurah.tk/

Jemput singgah2 ye.. Dan subcribe utk promosi terbaru kami :)