♥ ♥ Tabung Vacation ♥ ♥

Saturday, August 12, 2017

Amalan Awet Muda & Cantik Berseri

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
 Assalamualaikum, Hiii.. ^_^


Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua tau muda. Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walaupun dah agak berusia seseorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempersona. Kata pepatah Inggeris, "LOOK GREAT AT YOUR AGE". Jadi petua dibawah ini boleh diamalkan oleh sesiapa saja samada tua atau muda.

Petua ini diajarkan oleh Dato' Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. 
Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun amalkan 1 cara sahaja asalkan kita istiqamah mengamalkannya.


Cara 1: Dilakukan selepas solat Isyak
© Ambil air segelas
© Baca surah Al-Fatihah sekali
© Ayatul Qursi sekali 
© Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7kali
© Tiup dalam air minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikkan diri & untuk kebahagiaan rumah tangga.

Cara 2: Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.
© Baca "Ya Badiyah" 1x
© Baca "Ya Nur" 1x
© Baca "Ya Hadi" 1x
© Baca "Ya Allah" 3x

Cara 3 : Amalkan membaca ayat2 seperti berikut : 
© Baca ayat ke 35,36,37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada setiap kali selepas solat subuh.
© Selepas baca ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.



Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalamSELAMAT MENCUBA =) 

Hanya Insan biasa yang Lemah..!! Love u olls.. (^_*)

**********************************************
LoveSomebodyHambaAllah 

©©DyaNadiaReza©©

Post a Comment