Saturday, February 14, 2015

Asam Pedas Untuk Dia

Assalamualaikum u olls… waaa.. setelah sekian lama jari ni tak berkesempatan nak “bercinta” dengan keyboard PC gara-gara ke”buzy”an tahap gaban yang melampau kat opis… Aish.. jiwang betoi ayat Nadia.. hehehe..

Hmm.. baru-baru ni Nadia tergilakan sangat tengok drama Istikharah Cinta.. setiap episode takkan miss tengok.. kalau miss kat TV.. sanggup daku bercinta dengan encik Google.. ulang siaran katanya.. hehehe (^_*) Nasib la takde novel drama ni.. kalau ada confirm novel khatam sebelum drama.

Aish.. Nanti mesti ter-RINDU kan abang sado Zul Arifin.. hehehe.. gatal dah bunyinya.. yang pastinya drama Istikharah Cinta memang terbaik..


Habis dah Istikharah Cinta, aish.. hati terpikat pulak dengan drama Asam Pedas untuk Dia.. Memang mantap la drama ni.. Gandingan Shukri Yahya dan Dayana Roza memang nampak sempoi.. bersahaja je. nOvel dia Nadia belum dapat lagi.. masa cari kat popular tu.. habis stok.. gara-gara drama ni kot.. Baru berkesempatan beli online dua-tiga hari lepas. Lambat pulak abang poslaju ni hantar Novel Nadia ni. Tak sabar rasa nak baca..
Hero & Heroin utama drama ni..
Nadia tak sempat pun tengok episod 1, mula terjatuh cinta bila episod 4 di tayangkan.. so, cepat2 je Nadia online tengok dari mula.. hehehe.. memang best pun.. jom kita kenal-kenal sikit dengan drama ni..

Telah disiarkan mulai 10 Januari 2015, jam 7.00 malam di slot baru TV3 iaitu slot Dahlia.

Episod: 24 episod
Siaran: Sabtu & Ahad, slot Dahlia TV3
Pukul: 7pm-8pm
Pengarah: Feroz Kader
Cerita Asal: Adaptasi novel oleh Nureen Mirza
Terbitan: Frontrow Pictures

LINK BERKAITAN

Tonton: Asam Pedas Untuk Dia
Kepala Bergetar: Asam Pedas Untuk Dia
Twitter: #AsamPedasUntukDia
Webstagram: #AsamPedasUntukDia

WATAK

Shukri Yahaya sebagai Ziyad
Dayana Roza sebagai Ainin Sofiya
Ardell Aryana sebagai Farhana
Juli Farhana Marin sebagai Syafinaz
Fazlina Ahmad Daud
Manan Sulaiman

No comments: