Monday, June 29, 2015

Tip Mudah Memasak Wanita Bekerja Di Bulan Ramadan

Assalamualaikum..
Hai u olls.. sedar tak sedar dah dekat dua minggu kita lalui bulan RAamadhan yang mulai ini. Hmm.. rasanya ramai readers blog Nadia yang dah berkahwin dan dalam masa yang sama menjadi ibu bekerjaya. Berbeza dengan status Nadia yang masih bujang, mesti korang akan rasa orang bujang punya banyak masa, kan..?
Sebenarnya, bujang atau dah berumah tangga ia adalah keadaan yang sama. Pengurusan masa yang betul sangat-sangat memainkan peranan yang penting. Bujang tak semestinya punya masa yang cukup kalau tidak diuruskan sebaik yang mungkin.
Sepanjang Ramadhan ni, juadah untuk bersahur dan iftar korang rasa yang mana lebih memudahkan korang..? Juadah yang dibeli atau dimasak sendiri..? Kalau Nadia, Nadia suka kalau memasak sendiri juadah ni. Selain lebih terjamin tahap kebersihan dan khasiat makanan tersebut, ia juga boleh menjimatkan wang ringgit. Siapa tahan kalau setiap hari perlu membeli di bazaar Ramadan yang harga makananya sangatlah mahal.
Nadia yang bujang ni pun lebih selesa memasak sendiri, apatah lagi semua yang bergelar ibu. Pasti ingin memasak sendiri juadah berbuka puasa untuk keluarga. Mungkin bagi yang bekerja di rumah atau suri rumah, soal memasak untuk berbuka puasa tiada masalah tetapi bagi wanita yang bekerja dan terikat dengan komitmen masa ia agak mencabar dan perlu menjadi ‘lipas kudung’ jika hendak memasak setiap hari.
Sebenarnya ada cara untuk kita menjimatkan masa dan tenaga. Kenapa tidak diguna pakai untuk memudahkan tuga memasak kita. Bukan sahaja boleh digunakan pada bulan puasa tetapi sesuai untuk sepanjang masa.
1.    Rancang menu seminggu
Untuk mengelakkan anda pening kepala, apa kata rancang menu masakan untuk seminggu. Senaraikan menu, bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak menu tersebut dan mula keluar membeli belah bahan pada hujung minggu.
Ehsan : Google
2.    Pembungkusan lauk pauk mentah
Apabila beli ayam, minta peniaga potong kecil ayam tersebut bersesuaian dengan menu masakan yang kita pilih. Elakkan beli ayam seekor sebab ia hanya menyukarkan kita untuk proses memotong ayam tersebut. Begitu juga dengan ikan, minta peniaga menyiang ikan-ikan tersebut bagi memudahkan kita. Selepas itu kita perlu membungkus ayam, ikan, daging dan sebagainya yang dibeli dalam bungkusan plastik atau bekas mengikut kegunaan harian. Jangan bungkus semuanya dalam satu bekas/plastik kerana ia akan menyukarkan kita apabila tiba masa untuk memasak. Simpan dalam bahagian dingin beku, setiap kali hendak memasak, anda hanya perlu keluarkan dan letak di bahagian chiller. Pulang dari kerja ayam atau ikan sudah lembut dan boleh terus dimasak.
3.    Kisar bawang dan cili
Potong cili, bawang merah, bawang putih, halia yang menjadi bahan asas utama dalam kebanyakan masakan untuk kegunaan sebulan. Kisar bahan-bahan tersebut dan simpan sebagai stok. Ia akan memudahkan tugas memasak anda.
4.    Gunakan gunting bukan pisau
Penggunaan gunting berbanding pisau lebih menjimatkan masa ketika memotong sayur jenis berdaun seperti sawi, kangkung, bayam mahupun menyiang ikan.
5.    Sejuk bekukan lebihan lauk
Kadang kala ada masanya makanan yang dimasak tidak habis dimakan, jangan membazir dengan membuangnya. Anda boleh simpan dalam peti dingin beku dan boleh dimakan semula keesokan hari.
6.    Masak satu lauk yang lengkap
Untuk lebih menjimatkan masa, anda boleh pilih menu yang merangkumi semua dalam satu masa. Contohnya seperti masakan  tomyam, paprik, masam manis, kicap dan lain-lain.
7.    Ulam-ulaman pengganti sayur
Jika tidak sempat masak sayur, anda boleh menggantikan hidangan sayur dengan ulam-ulaman atau salad yang lebih mudah dan cepat selain tetap berkhasiat.
8.    Dari dapur terus ke meja
Sekiranya anda mahu menjimatkan masa daripada mencuci periuk dan kuali, boleh pilih menggunakan peralatan memasak yang boleh dipindahkan dari dapur terus ke meja makan seperti periuk kaca tahan panas.
Simple je kan tips memudahkan kita yang bekerja untuk masak. Korang buat la try buat tips Nadia share ni malam nanti.. dan tips ni jugak yang Nadia praktik untuk Nadia jugak. takde la berlaku banyak pembaziran sempena bulan yang mulia ni.. J

No comments: