♥ ♥ Tabung Vacation ♥ ♥

Sunday, September 06, 2015

Makan-Makan : Panaderia Cafe Kuantan


Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Rasa lama je tak buat entry... huhu.. kepenatan sebenr.. banyak keje menimbun kat opis dan handle part-time job.. heheheh.. al-maklum ler.. sejak-sejak ada GST ni.. rasanya semua benda/barang naik harga..

So, malam ni Nadia nak throwback aktiviti petang tadi dengan sweetie kakak Nadia ni.. Petang tadi kitorang lepak-lepak santai makan kat ThePanaderia12 Dessert House. Nadia takde la amik banyak sangat gambar.. tapi sekadar ala kadar.. hehehe.. macam mana tu..

Cafe ni berdekatan dengan Politeknik Metro Kuantan dan berada diantara East Coast Mall dan Berjaya Megamall Kuantan. Kemungkinan orang-orang Kuantan mesti persan kot kedudukan Cafe ni.. Kalau yang tak tau.. boleh la guna waze. Suruh Encik Waze cari :

The Panaderia, Bakery House & Cafe
A-11 Lorong Tun Ismail 2 Sri Dagangan 2,
25000 Kuantan.

Panaderia Kuantan
Ehsan Encik Google : Signboard Kedai
Panaderia Kuantan
Ehsan : Encik Google
Papan Menu.. Tak jeles. huhu.. Camera Smartphone dah uzur..
Kakak Nadia yang tengah buzy tengok menu.. nak tambah hasil ternakan "encik Lemak".. peluang untuk maju kan "bisnes tambah lemak dalam badan".. Hehehe.. bukan kakak je tau.. Nadia pun.. sama naik.. aish.. bila la nak dapat pinggang kerengga ntah kalau kini gayanya...


Panaderia Kuantan
Sibuk pilih menu 
Kitorang pergi pun dah petang sangat. Banyak dessert dah habis.. tapi sempat jugak grab Nuteela Cheese... yang ni memang Nadia bagi 100% bintang markah.. heheheh.. (^_*) memang sedap sesangat.. I likeeee... Dessert ni kitorg makan sebelum kitorang dihidangkan dengan menu lain..
Panaderia Kuantan
Nutella Cheese Cake
So, Kitorang decide nak try Chicken Mee Soup dan Mee Bandung Muar.. Not badla masakan dia.. cuma terkilan bila dessert dah tak banyak pilihan.. Insha Allah.. akan datag repeat untuk makan dessert dia yang best ni...
Panaderia Kuantan
Mee Bandung Muar
Panaderia Kuantan
Chicken Mee Soup
Hahahaha..Yaya.. kalau dah jumpa makan.. tak naik-naik dah pala tu.. tnduk menghadap makanan jela.. menikmati kesedapan menu kat Panaderia Cafe ni..

Kusyuk dengan Best Menu.. Orang amik gambar pun tak sedar dah..


Kakak..kusyuknya makan mee bandung tu..
Kenyang perut hati senangggg.. hehehhe.. Alhamdulillah.. rezeki.. in sha Allah.. akan repeat datang ke cafe Panaderia. Tak puas hati tak dapat nak pilih dessert.. Next entry..tunggu tau...

**************************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
♥♥Nadia Reza ♥♥
Post a Comment