♥ ♥ Tabung Vacation ♥ ♥



Friday, April 29, 2016

Best ke single..??

Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Salam jumaat semua.. Aish sekejap je kan April nak habis dah.. huhuhu.. masa makin menginjak.. umur pun makin menginjak.. So.. makin ramai la yang sibuk bertanya.. bila nak kawin.. bila nak kawin.. umur dah bla..bla..bla... takkan masih takde calon.. Ada calon ke, takde ke.. tu semua keje dan rahsia Allah.. 

Nadia takde jawapan untuk semua tu okeh.. yang ada jawapan untuk semua tu adalah Allah.. Nadia terima segala jawapan yang Allah bagi pada Nadia. Terima dengan hati yang redha dan sabar menanti jawapan itu.. Harap-harap lepas ni, takde la yang tanya Nadia lagi yer bila nak kawin.. (^_*)

So.. meh Nadia jawab.. best sangat ke hidup single ni..?? Nak kata best sangat tu takde la.. nak kata suram sangat pun tak jugak. Jawapan dia.. ada dua-dua.. Adakalanya bila kita keluar atau menziarah kenalan atau sedara mara sebaya dengan kita yang dah ada life famili... hati ni memang membuak-buak nak rasa macam apa yang diorang rasa. Tapi bila kita dah rasa macam apa yang mereka alami.. pasti mereka akan kata.. Best jadi macam along a.k.a Nadia.. Single.. life pun simple.. bebas lagi untuk buat apa saja dan masih tak terikat tanggungjawab besar. 
So, bagi Nadia.. apa yang ada sekarang kita perlu gunakan dan hargai sebaik mungkin masa single kita. tapi jangan sampai merosakkan hidup yea... (^_^) Nadia bersyukur sangat diberi peluang untuk hidup bantu mak abah dan adik-adik Nadia. Tak semua yang dah berkahwin hidup kaya raya dan dapat bantu mak abah lepas kawin yea.. So, Nadia gunakan masa yang ada ni untuk berbakti sepenuhnya untuk mak abah.. 

Takde apa dah kot nak bebel pepagi Jumaat ni.. hehehe.. Nadia doa.. semoga Allah makbulkan doa dan impian Nadia untuk bercinta selepas bernikah.. Kalau itu yang tertulis untuk Nadia. So.. just enjoy hidup kita dan sabar, sabar, sabar dan sabar.......Love u olls.. 

Hanya Insan biasa yang Lemah..!! Love u olls.. (^_*)

**********************************************
LoveSomebodyHambaAllah 
©©DyaNadiaReza©©
Post a Comment