♥ ♥ Tabung Vacation ♥ ♥



Tuesday, June 30, 2015

Aturan ALLAH yang terbaik (^_*)

Assalamualaikum Lovers..

Sekejap je kan.. kita dah pun lalui 13Ramadhan. Macam mimpi pun ada.. sedar-sedar dah Ramdhan dah jauh meninggalkan kita.. Kekadang taknak masa ni berjalan dengan pantas sangat. Kalua boleh biarlah masa fix je tak bergerak-gerak. Bestkan..

Bukan pikirkan pasal raya sangat.. dalam usia sekarang raya tak bererti apa-apa pun sebenarnya.. kan..? kalua dulu yeala.. sibuk nak raya sebab nak kumpul duit raya banyak-banyak pastu nak beli apa yang Nadia inginkan.. korang dulu pun macam tu kan.. (>_<) .

Tapi sekarang ni, taknak dah pun semua tu. Ingat nak kumpul pahala dalam Ramadhan pulak. Best lagi nikmat Ramadhan dari Syawal. Indahnya Ramadhan dari Syawal.. Haisy.. jangan la Ramadhan pergi. Sayu hati terasa.. terasa keperitan itu.. ada apa la sangat dengan Syawal.
Persiapan Syawal korang camna..? dah siap semuanya..? Nadia tak terasa nak buat persiapan sangat. Ber-ala Kadar je. Hati terasa teramat-amat tak seronok. Tau kenapa.. tapi sengaja malas nak layan dan biarkan perasaan menguasai diri. Makin melarat jiwa kacau pulak nanti. L So, biarkan rasa itu pergi.


Apa yang Nadia planning 2-3 bulan lepas, semuanya tinggal kenangan. Kenangan tinggal kenangan. Harapan tinggal harapan. Redha dengan ketentuan Allah. Dia sebaik-baik perancang dan aturan Dia tiada siapa dapat tahu. Yang penting sekarang ni kena didik hati untuk redha dan terima seadanya. Anggap segala yang terjadi ni adalah ujian untuk Nadia lebih matang dalam kehidupan ini. J
Mengenali seseorang itu adalah ANUGERAH.. Biarpun hadirnya hanya seketika, sekadar menjadi pelengkap cerita. Mungkin satu hari nanti kita bakal dipertemukan dengan yang lebih baik dari seseorang itu. Apapun hidup mesti di teruskan dan senyum selalu untuk hilangkan suka duka di hati ini. J
Salam Ramdhan… semoga masih ada hari esok untuk teruskan kehidupan.. dapat la ringan-ringankan jari buat diary dalam rumah maya Nadia ni.. Payung senyum sikit pepagi ni.. J
Love u olls..

Love Life Somebody GIrlz, Nadia.©©©
Post a Comment