♥ ♥ Tabung Vacation ♥ ♥



Wednesday, July 01, 2015

Kemaafan tiada noktah

Assalamualaikum..

Monim... Alhamdulillah.. 14Ramadhan dah pun.. Syukur sangat-sangat masih diberi kesempatan merasai nikmat Ramadhan. Masih bernafas di bumi Allah. Kekadang nikmat ni kita tak tau sampai bila kita dapat merasainya.. So, sentiasa say “Alhamdulillah” tanda kita bersyukur dengan nikmat yang kita dapat rasa..

Semalam iftar, mood kelaut.. letih.. keje makin menimbun kat opis. Sensorang nak settle semua benda.. So, mood nak masak tak berapa nak "MOLEK" bak kata orang pantai timur ni. Masak pun ala kadar je. Sambal tumis sotong handmade by Chef Nadia.. hehehe.. chef la sangat kan.. member opis sampai tegur la.. muka macam orang lesu je.. macam orang sakit sesangat, nak beranak katanya. Hehee.. Nadia kahwin pun belum tau..

 

Semalam, masa Nadia tengah santai-santai tengok drama.. dalam pukul 10++ camtu la. Tengah sedap menunggu drama M.A.I.D mula tayang, ada satu iklan ni.. memang betul-betul menarik minat Nadia nak tengok dan memang betul-betul bermakna.. Kata-kata penghujung iklan tu terasa Nadia nak buat entry ni. KEMAAFAN TIADA NOKTAH. Nadia ada share video iklan tu.. memang sedih sangat tengok..


Yup.. kemaafan memang tiada noktah.. sebenarnya kemaafan ni bergantung pada empunya pemaaf dan si pesalah.. (ayat.. macam polis tak..? ) hehehe... Kalau tanya Nadia tentang maaf ni, Nadia boleh je maafkan seseorang yang buat salah pada kita kalau si dia berusaha untuk mintak maaf.. kalau dia tak mintak maaf pun.. memang Nadia akan maafkan.. cuma keadaan je la membezakan. Nadia maksudkan, Kalau seseorang tu cakap... "awak, saya mintak maaf.." mulut Nadia pun ringan je sebut "ye saya maafkan awak.." tapi kalau dia tak kata apa-apa atau "awak, tolong maafkan saya" atau “sorry” sekalipun, mulut Nadia ni pun sama berat je nak menzahirkan perkataan "saya maafkan awak".. cuma hati jea maafkan si dia (pesalah)..

Nadia cuma insan biasa.. punya hati dan perasaan sama macam orang lain dalam dunia ni. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w pun ampunkan umat.. ni kan pulak Nadia yang hanya insan biasa.. So.. memaafkan dapat bantu Nadia untuk lebih tenang dan cool dalam menjalani kehidupan hari-hari mendatang Nadia.. yang penting Nadia dapat senyum dengan tenang dan ikhlas.. Bestkan kalau hari-hari hati kita tenang.. mendamaikan je.. takde la perasaan sedih, terluka dan seangkatan dengannya..
 
MEMAAFKAN terapi hati..

Salam Ramdhan… semoga masih ada hari esok untuk teruskan kehidupan.. dapat la ringan-ringankan jari buat diary dalam rumah maya Nadia ni.. Payung senyum sikit pepagi ni.. J
Love u olls..

Love Life Somebody GIrlz, Nadia.©©©


Post a Comment