Happy 3rd Anniversary
nadia
1:05 PM
0 Comments
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum, Hiii.. ^_^
Alhamdulillah..setelah sekian lama tak dapat nak meluangkan masa dengan blog.. akhirnya.. kakak kembali.. semoga kali ni istiqamah menulis blog balik.
Alhamdulillah..sedar tak sedar dah tiga tahun kakak berumah tangga, tapi kakak tau.. rumah tangga kakak baru usia setahun jagung.. panjang lagi perjalanan alam rumah tangga kakak. Semoga kakak kuat dalam menempuh dugaan mendatang.
Tiga tahun ni pun macam2 dugaan mendatang.. Kakak tak mampu pun nak bercerita & mengharapkan orang untuk faham kita. Ujian & dugaan kita tak sama. Masing-masing ada habuannya tersendiri. Kakak bersyukur dapat tempuh walaupun perit dia memang tak terluah. Kalau nak cerita memang panjang, mau tak cukup page blog.. hehehe... Apa pun bersyukur kerana kakak terpilih dalam ujian2 lepas. Semoga ujian2 ni buat kakak & husband makin kuat akan datang.
Apapun, happy 3rd anniversary buat husband, Mohd Huzairi. Terima kasih sanggup amik alih pikul tanggungjawab dari mak abah saya. Saya doakan semoga Allah merahmati hidup suami saya dunia akhirat. Terima kasih jugak terima saya seadanya dah bersusah payah dengan saya & anak kita selama ni.. semoga ikatan perkahwinan kita sampai ke jannah. Saya doakan semoga kita makin kuat nak tempuh hari mendatang dalam rumah tangga kita.
Terima kasih sudi jadi suami, babah, kawan baik, kawan gaduh, roomate & macam2 mate lagi la.. Semoga awak kuat hadap saya yg kuat bebel 😎😎, merajuk 5 minit, tak kawan 10 minit dan banyak lagi laa.. yang lain biar sy je yang tau ok.. hehehe
Hanya Insan biasa yang Lemah..!! Love u olls.. (^_*)
*******************************************************
LoveSomebodyHambaAllah
©©DyaNadiaReza©©