Sunday, August 30, 2015

Drama Mencintaimu, slot akasia TV3

Assalamualaikum, Hi Semua ^_^

Hmm.. dah dekat 2 minggu pun Syurga Nur habis, baru hari ni berkesempatan nak update entry drama baru. Drama kali ni, memang menarik minat Nadia sesangat. Tapi, disebabkan masa ditayangkan tak berapa nak sesuai.. So, Nadia prefer untuk tengok online jea. 

Drama yang mengganti Syurga Nur, simple sangat tajuknya. MENCINTAIMU arahan oleh Raja Ahmad yang menggandingkan pelakon kesukaan Nadia, Shahnaaz Ahmad dan Zahirah MacWilson. 

drama, maizatulnadia.blogspot.com
Mencintaimu 

TAJUK

MENCINTAIMU

EPISOD : 28 Episod
TARIKH : 19 Ogos 2015 (Isnin-Khamis, 7.00 petang)
SLOT : Akasia
SALURAN : TV3
ARAHAN : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PARA PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Zahirah Macwilson, Sasqia Dahuri, Sarah Anne, Niezam Zaidi, Hafizul Kamal, Fikhree Bakar, Aleza Shadan, Musthapa Kamal, Nina Juren, Afzan A.Rahmam, Ruzana Ibrahim, Abu Bakar Juah, Fadhil Dani, Fadilah Mansor , Riezman Khuzaimi, Rahim Jailani.

Mengisahkan tentang Anissa yang begitu teruja untuk menyambung pengajiannya di Universiti setelah 2 tahun dia bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga dan pengajiannya. Semasa hari pertama sesi suai kenal di kolej, Anissa mula jatuh hati dengan Hisham Dato Hanafi. Hisham dan kawan baiknya, Helmi sering membuli Anissa. Hisham dicabar oleh kawan-kawannya untuk keluar bersama Anissa. Namun Anissa menolak pelawaan tersebut sehingga Hisham bertindak untuk menyiasat latar belakang Anissa. Rupa-rupanya, Ibu Anissa merupakan pembantu rumah keluarga Hisham. Semenjak itu, Hisham sering merendah-rendahkan Annisa. Lama-kelamaan pergaduhan membawa kepada percintaan. Helmi membuat rancangan jahat untuk mengenakan Anissa. Rancangan tersebut membawa kepada Anissa dirogol oleh Hisham. Kehidupan Anissa selepas itu terus gelap dan dibuang Universiti. Selepas beberapa tahun, Anissa berubah penampilan. Dia bekerja di syarikat keluarga Hisham. Pelbagai rintangan di antara mereka akhirnya mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak bernama Fayad. Dalam masa yang sama, Asyikin (tunang Hisham semenjak kecil) berterusan mengejar cinta Hisham dan sering menggugat perhubungan Anissa dan Hisham.

So,kalau korang nak tengok drama ni. Boleh la klik link-link yang Nadia sharekan dibawah ni yea. In sha Allah, Nadia akan sedaya upaya untuk update episod setiap hari.


Tonton or Download Mencintaimu Full Episod

Episod 1 : Tonton or Download
Episod 2 : Tonton or Download
Episod 3 : Tonton or Download
Episod 4 : Tonton or Download
Episod 5 : Tonton or Download
Episod 6 : Tonton or Download
Episod 7 : Tonton or Download
Episod 8 : Tonton or Download
Episod 9 : Tonton or Download
Episod 10 : Tonton or Download

Episod 11 : Tonton or Download

Episod 12 : Tonton or Download

Episod 13 : Tonton or Download

Episod 14 : Tonton or Download

Episod 15 : Tonton or Download

 *****************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
♥♥Nadia Reza ♥♥

No comments: