♥ ♥ Tabung Vacation ♥ ♥

Saturday, August 08, 2015

Puding Roti Karamel Awesome..!!

Assalamualaikum Readers.. ♥♥

Hakibat kebosanan tahap gaban every weekend.. So..terhasil la.. makanan yang tak seberapa teroooorrrrr chef-chef master.. Ni je yang mampu buat.. simple dan paling senang buat orang yang mula belajar masak macam saya ^_^
Kalau ada yang nak merasa.. meh la umah.. dekat bumi kuantan jek..

Best giler makan time pudding ni betul-betul sejuk.. rasa sejuk je kat tekak.. makan pulak time-time panas.. memang menjilat jari lahhhhh….


Puding Roti Karamel

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - pukul dan di tapis
1 cawan air suam

1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang . Masak dengan api kecil ea.

Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, hati-hati kerana gula mudah meruap. kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Resepi Sheila Rusly <ketuk-ketuk Ramadhan>

Ketepikan.Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam).

Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.


 *****************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
Nadia Reza ♥♥
Post a Comment