♥ ♥ Tabung Vacation ♥ ♥

Tuesday, August 04, 2015

Suamiku Jatuh Dari Langit



Assalamualaikum Reader ♥♥

Waaa.. mood nak tengok movie je.. Baru-baru ni.. Nadia melayan anak buah sorang ni.. memang kaki drama & filem melayu.. cakap je pelakon-pelakon ni.. memang semua dia ingat.. drama pun macam tu jugak. Kekadang kita tak dan pun tengok..dia siap dah tau jalan cerita..
Nadia bukan yang jenis senang tengok wayang filem melayu tau.. Kalau g tengok wayang pun.. mesti layan cartoon takpun Hollywood.. tu jea.. filem melayu memang kurang sangat tengok di pawagam.
Last Ahad, anak buah sorang ni memang ter-excited nak tengok wayang semata-mata nak tengok filem “Suamiku Jatuh Dari Langit”.. memang best la.. Nadia bagi 5★★★★★ Memang kelako.. kelakooo sangat.. 
 Jom kita intai sikit sinopsis filem ni.. 
" Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bernama Asyikin (Nora Danish) yang mempunyai seorang bapa Pak Bidin (Kaza), seorang ketua kampung yang tegas.
Keluarga mereka sangat menitikberatkan soal agama. Oleh itu, Asyikin telah di didik oleh bapanya untuk menjadi seorang wanita yang menutup aurat, lemah lembut dan pandai mengaji.
Che Awang (Syuk SYJ) dan Awie (Qi Razali) merupakan pemuda kampung yang nakal dan suka menganggu gadis-gadis di kampung mereka.
Suatu hari, Awie memerlukan wang untuk melangsaikan hutangnya. Awie telah menyelinap masuk ke dalam rumah ketua kampung dengan memanjat dari bumbung untuk mencuri .
Tiba-tiba, Awie tersalah pijak dan terjatuh di hadapan Asyikin yang baru selesai solat. Awie terpegun melihat kecantikan Asyikin , manakala Asyikin terkejut melihat kemunculan Awie. Dan bermulalah detik-detik yang mencuit hati terjadi di antara mereka "

Kalau korang yang tak berkesempatan nak tengok filem ni kat pawagam, korang dah boleh tengok online je. Just klik LINK ni jea.. takpun, korang boleh dah dapatkan DVD.. mesti dah ada kat pasaran.. Happy enjoy tengok movie ni.. 

*****************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
Nadia Reza ♥♥
Post a Comment